Assalamualaikum dan salam hormat,
Hari ini 25/8/2015 pajak emas 916 dapat harga 1 gram RM161. Bulan 6/2015 harganya 1 gram baru RM143. Dekat RM 18 juga kenaikanya. Harga emas naik meroket………….sampai bila tak tau.
Itu baru 1 gram, jika 100 gram banyak mana dapat untung?. Habuan ini semua merupakan hadiah kesabaran untuk geng pelaburan yang suka melabur di dalam komoditi berasaskan emas. Jika sekarang baru nak beli………….untuk simpan nilai RM okay laaa…untuk dapatkan untung dari kenaikan harga, rasanya bukan lah masanya yang sesuai. Harga tinggi tu.
Teknik untuk mengaplikasikanya bagaimana?. Mudah sahaja, beli waktu murah kemudian simpan. Bila nak guna, pergi pajak dekatĀ ar rahnu. Cukup masa tebus balik ( jika cekap ilmu manipulasi emas, boleh guna kaedah ini ). Ada bajet lebih beli tambah time murah dan lama kelamaan bertambah-tambah lah simpanan emasnya. Bila sudah terlalu banyak boleh la convert untuk tukar ke pelaburan yang lain pulak. Contohnya beli aset pelaburan seperti rumah lelong, tanah, rumah kedai atau beli saham syarikat blue cip dan macam-macam lagi lahhh. Apa macam, boleh buat ka?.
Mana lagi untung ? perabih duit beli emas atau perabih duit beli benda merapu.
Sekian terima kasih dan selamat mencuba dan kalau lambat kena tinggai.