Categories
Research & Development

Pasang tenaga solar untuk rumah level pemula

DIY pasang tenaga solar di rumah.. projek jadi tapi perlu buat yang lebih besar supaya dapat hasil lagi besar…

Bismillahi,

Admin dah cuba buat DIY pemasangan solar panel untuk kegunaan kecemasan. Sistem sokongan untuk kapasiti tenaga 4 biji lampu led 5 watt, modem wifi, caj bateri talipon dan perincian ringkasnya seperti di bawah..

  1. Solar panel 30 watt
  2. Bateri kereta asid 45ah / bateri lifep04 20000mah ( 32650 x 4 )
  3. Solar charger controller 12v-24v
  4. Lampu led 4 biji ( lampu bekas power supply solar generator China yang rosak ).
  5. Inverter 300watt ( jarang guna tetapi perlu ada untuk guna alat AC seperti kipas ).

Anggaran kos keseluruhan sekitar RM 250 macam tu. Memandangkan buat sendiri, upah pasang dan kos bahan-bahan extra tambahan juga tidak termasuk kerana panel solar yang digunakan saiznya kecil sahaja dan boleh letak dan ubah ikut sesuka hati dan tidak perlu kepada pemasangan kekal…

Kegunaannya…

3 biji lampu led aktif menyala waktu malam dari pukul 8pm sehingga 7am ( Bekalan tenaga dari acid bateri ). Baki tenaga 7am sekitar 80% dan lifep04 simpan untuk kecemasan tahan 5 jam+ sebelum auto tutup oleh alat modul kawalan hayat bateri. Biasanya lifep04 ni digunakan untuk menghidupkan sebiji lampu dan modem.. untuk kegunaan kecemasan dan juga jimat bil letrik yang seciput, cara ini dianggap menjadi.

Itulah ringkasannya hasil DIY solar panel untuk pemula bajet sejemput. Yang terbaiknya, jika berminat untuk pasang solar panel.. jika dapat buat sistem yang boleh menghasilkan tenaga sekitar 1kwh – 10kwh ( masih level pemula ). Sila rujuk kadar kwh kegunaan bil eletrik semasa untuk rumah dan dari situ sudah boleh memasang plan pembelian perkakas untuk tenaga solar yang sesuai dengar kadar kegunaannya. Tetapi, bekalan tenaga dari TNB masih diperlukan cuma digunakan untuk alat-alat berat yang memerlukan bekalan tenaga yang stabil. Sekurang-kurangnya dapat berjimat pada bil eletrik bairpun sedikit, itu dikira sudah cukup baik.

Biasanya untuk 1kwh – 10kwh… ( ikut kegunaan kediaman rumah kg admin sekitar sehari 5kwh ). Lepas pada ini, admin akan cuba pasang ikut spesifikasi di bawah pulak…

  1. Jenama Jinko, 585watt x 2. Harga sekeping RM600 –
  2. MPPT – https://shope.ee/2LBsnyaAI3
  3. Bateri lifep04 100ah siap BMS untuk sistem 12V – 24V. Harga 1 set 4 biji x 3.2V. RM800 – https://s.shopee.com.my/VkEcEQAru
  4. Besi C panel 2 batang
  5. Kabel penyambung solar panel 6mm atau 4mm
  6. Inverter 12kwh, RM100+ – https://s.shopee.com.my/5fSKoB2AES

Mungkin ada lagi alat-alat lain yang perlu ditambah… cerita paling bagus dan tidak serabut kepala untuk memikirkannya adalah cari kontraktor pemasangan solar panel untuk rumah dan minta pandangan paling afdol dari mereka. Jika ikut cara admin, DIY lebih mengghairahkan… kerana ilmu dan pengalaman dari aktiviti tersebut sangat mahal harganya… ini kerana sistem ini perlu kepada pemantauan dan penyelengaraan, jadinya kena tau  juga cara kerja dan buatnya. DIY pilihan yang sesuai untuk pemberani buat.

Tetapi jika admin berjaya siapkan generator elektrik guna magnet bertenaga 12kwh.. projek di atas KIV kerana yang magnet ini lagi syahdu…

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *