Alhamdulillah dan bertemu lagi,
Cerita seru kali ini berkait dengan aset matawang digital. Peniaga ketegar dipasaran kewangan pemburu USD, EUR dan USDT kena baca cerita ini.
4 aset matawang digital ini boleh diniagakan tanpa yuran transaksi. Ada banyak lagi sebenarnya, tetapi 4 ini menjadi pilihan admin untuk sesi urusniaga kali ini. Kepada peniaga yang hobinya suka berurusniaga jarak singkat dan suka ambil untung saiz sekupang dua, inilah peluang untuk diujinya kepakaran urusniaga masing-masing. Katanya terer…. inilah masanya.
Semua aset ini berkampung di platfom MEXC. Untuk IP Malaysia yang tidak menggunakan khidmat VPN memang tidak boleh melayari laman web MEXC kerana ianya sudah dihadang oleh tembok goib tertentu tetapi untuk pengguna applikasi MEXC ianya masih boleh dilayari tanpa sebarang masalah. Peniaga baru yang ada masalah pada bahagian ini, boleh dapatkan bantuan teknikal dari admin. Sila guna butang chat sebelah kanan yang tersedia di bawah.
Kenapa zero trading fee ini penting?. jawapanya adalah, mudah untuk dapat untung dalam gap sederhana dan kecil. Peniaga jarak singkat sememangnya suka dengan kemudahan zero fee ini. Senang buat untung katanya walaupun untung yang dikutip itu senilai sen-sen sahaja. Sen-sen lama-lama jadi seratus nak habaq bagi dekat hampa.
Konsep urusniaga zero trading tanpa fee ini mudah sahaja. Modal yang dipasang masuk seharusnya sesuai dengan kadar keuntungan yang hendak dikutip. Contohnya, untuk 1 urusniaga sasaran untungnya $1. Makanya, modal yang biasanya admin akan guna sekitar $30. Masa bertenang sebelum dapat kutip hasil sekitar 30 minit dan dalam tempoh 24 jam, mungkin akan ada 4 ke 5 kali urusniag akan berlaku. Jadinya, jika 4 urusniaga tersebut berjaya makanya dapatlah $4 untuk hari tersebut. Dalam sebulan, mungkin akan ada 20 hari urusniaga yang cemerlang hasilnya. Maka dapat lah sekitar $80 bermodalkan $30. Lagi sepuluh hari apa jadi?. Biasanya, tiada hasil yang berjaya dikutip kerana pasaran ini tidak selalunya indah-indah seperti hari semalam. Al-kisahnya.
Siapa yang daftar ikut link di bawah, bantuan teknikal diberikan secara percuma. Bantuan teknikal sahaja, urusniaga kena buat sendiri.
Kena berani buat, yang penting konpidem. Jadi tak jadi belakam ceritam. Memandangkan MEXC suka buat hal sejuk beku akaun peniaga, makanya jangan disimpan dana di dalam wallet MEXC keterlaluan banyaknya sehingga boleh mendatangkan masalah. Dipesan siap-siap supaya dana sentiasa selamat dari ganguan MEXC. Kena berani dan konpidem.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
[TRADING] Join Jupiter Sekarang!
Jupiter bermula sebagai DEX Aggregator (pengumpul pertukaran terdesentralisasi) terbaik di Solana. Ia mencari harga terbaik untuk swap token di seluruh ekosistem Solana (seperti Raydium, Orca, Meteora, Phoenix dll.) supaya pengguna dapat kadar tukaran paling baik
Slippage (perbezaan harga) paling rendah
Bayaran transaksi paling murah
Sekarang (pada 2026), Jupiter sudah berkembang jadi Superapp DeFi atau “The Home of Onchain Finance”. Bukan sekadar swap je, tapi hampir semua yang anda perlukan dalam dunia crypto ada dalam satu platform.
Selamat majujaya.
0 Tempahan Setakat Hari Ini
3068 Tontonan Setakat Hari Ini
Platform Jupiter (atau lebih dikenali sebagai Jupiter Exchange / Jupiter Aggregator) adalah salah satu platform DeFi (Decentralized Finance) paling besar dan popular di blockchain Solana.
- Ciri-ciri utama Jupiter sekarang: Swap / Tukar token ? Jupiter
- Ultra (swap paling pantas & murah)
- Limit Order – Letak pesanan beli/jual pada harga tertentu
- DCA (Dollar Cost Averaging) – Beli token secara automatik secara berkala
- Perpetuals (Perps) – Trading leverage sehingga 250x
- Lending / Pinjaman – Jupiter Lend – pinjam & dapat yield (pendapatan pasif)
- Prediction Markets – Taruhan pada peristiwa masa depan
- Jupiter Mobile – Wallet crypto super app untuk telefon (iOS & Android), rating sangat tinggi ~4.9
- Token Launch / Memecoin tools – Bantu buat & lancar token baru
- Jupiter Card & payments – Bayaran onchain dunia sebenar (termasuk kad, transfer antarabangsa)
Dan banyak lagi (Offerbook, staking, NFT trading dll.)
















