Categories
Homestay

Cara Iklan Homestay

Assalamualaikum dan salam hormat,

Panduan mudah ini untuk kegunaan pemilik homestay di sekitar negeri Kedah dan Perlis amnya. Telah sedia maklum, homestay yang sedia ada perlu diviralkan dan perlu diiklankan setiap masa supaya ianya mudah untuk dijumpai oleh bakal pengguna terutamanya melalui dalam talian. Salah satu darinya yang disarankan oleh pihak admin adalah menggunapakai kaedah SEO/SEM ( search engine marketing ) kerana bersifat jangka masa panjang dan percuma. Lain-lain cara sila rujuk di bawah:

  1. Boleh guna iklan berbayar seperti Google ads, FB ads atau Iklan di blog pengiklanan yang mesra SEO. ( untuk pemilik homestay yang inginkan pendapatan secara agresif ).
  2. Iklan dekat FB juga sesuai kerana algorithm FB kadang-kadang tertangkap juga di ranking enjin pencari Google dan juga FB itu sendiri. Jika iklan dekat group FB, pastikan ditempek iklan tersebut pada channel atau group khusus yang bertepatan dengan lokasi homestay tersebut. Perlu dimuat naik setidak-tidaknya sebulan sekali atau seminggu sekali.
  3. Boleh guna Google map direktori ( kena ada google account ) untuk penyenaraian homestay dan cara ini nampaknya paling cun dan sangat sesuai untuk diaplikasikan pada pekhidmatan homestay. Buat masa ini, ianya masih lagi percuma. Cara ini percuma dan sangat disarankan.
  4. Buat blog homestay sendiri yang lengkap dengan sistem online booking ( kena mahir SEO dan serius untuk buat bisnes ). Boleh juga guna platfom blogspot untuk langkah mula dan ini platfom percuma. Fungsinya agak terhad dan susuai untuk peringkat permulaan (untuk jimatkan kos ). Jika tidak punya kepakaran, boleh saja tumpang orang lain punya.
  5. Satu cara lagi boleh guna airbnb atau iklanhomestay.com dan yang lain-lainya juga. Ada yang berbayar dan ada pakej percuma.( perkhidmatan hosting homestay terbesar ). Kena cuba kesemua kemudahan yang ada. Rugi jika tidak mencubanya tetapi perkhidmatan Airbnb perlu lebih berhati-hati jika menggunakanya.

Yang ini kena contact admin….

Untuk tugasan viral dan iklan homestay yang disediakan oleh pihak admin pulak, caj pekhidmatan yang dikenakan RM50 sahaja ( untuk setahun penampilan ) percuma dan jika perlukan sokongan sistem online booking tambahan yang boleh bekerja 24/7 selama 360 hari kecuali server down, sila lihat di bawah. Caj tambahan yang dikenakan adalah RM100 ( juga untuk setahun penampilan ). 2023 semua syarat tadi telah digantikan dengan komisen untuk setiap tempahan. Tetapi ianya untuk pemilik homestay negari Kedah dan Perlis sahaja. Lokasi dimana iklan ini akan ditempatkan dan berkerja secara serius, sila rujuk dibawah:

  1. Lokasinya di blog post yang mesra SEO ( page pertama dan kedua di dalam senarai enjin pencari seperti Google atau Duckduckgo ) dan
  2. Di ruangan tempahan homestay 24 jam di blog pemasaran niaga24jam.com ( booking secara online ).

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila Telegram ke https://t.me/maketmakers atau boleh email terus ke support-team@niaga24jam.com.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

p/s: Bisnes kena viral dan dihebahkan setiap masa, supaya pengguna dapat tahu tentang bisnes kita ini wujud. Kos yang terpaksa dikeluarkan adalah bersifat pelaburan jangkamasa panjang. Mana yang lambat akan kena tinggai.

Kemudahan terkini untuk iklan homestay status SEDERHANA dari team pemasaran t.me/niaga24jam… boleh try cara di bawah.

Homestay Jitra Kodiang, Kedah

Price range: RM 0.00 through RM 160.00

Selamat datang ke ruangan carian homestay tingkat sederhana kawasan Jitra Kodiang, Kedah Darul Aman.

Kemudahan homestay TERSEDIA untuk para pengunjung yang terpaksa bermalam di Jitra sehingga Kodiang. Kemudahan baguih dok adaa!..

Pilih yang mana sesuai….ikut bajet masing-masing. Sebarang pertanyaan, sila masej admin bertugas….

Kepada pemilik homestay!…  Berminat untuk iklan homestay guna template iklan homestay yang ringkas seperti ini, sila booking slot iklan di sini https://www.niaga24jam.com/64kh atau
masej admin  bertugas sekarang.

0 Tempahan Setakat Hari Ini

24454 Tontonan Setakat Hari Ini

SKU: N/A Categories: ,
Peta ke lokasi
Categories
Tukang Jahit Baju

Tukang jahit kemeja batik slim fit Jitra

Bismillahi,

Lokasi kami di jalan Jitra Kodiang. Kami jahit baju versi custom design, cepat siap, kualiti jahitan dijaga dengan sangat cermat, kemeja batik berlengan panjang dan pendek menjadi plihan utama kami untuk dijahit.

Kepada peminat baju kemeja versi slim fit atau sederhana fit area Jitra dan belum berjumpa dengan tukang jahit yang sesuai, boleh cuba perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami. Dijamin sedap pakai dan bab kualiti jangan bimbang, dijaga dengan sangat rapi.. kepuasan pemakai kemeja batik slim fit menjadi keutamaan kami.

Harga pulak anggaran RM80 sehingga RM120 lebih kurang macam tu. Jangan tengok harga tertera dekat bawah tu.. itu harga wayang Bollywood. Heeee..heeee. Tengok contoh dekat bawah.. smart kan?. Pastilaaa…

Sekian terima kasih dan selamat bergaya macam model baju batik.

[ Versi Terhad ] Kemeja Lelaki Kain Batik | Lengan Panjang | Slim Fit

RM 180.00

Untuk tempahan sahaja, KENA buat tempahan terlebih dahulu dan deposit 50% diperlukan, baru jarum dan gunting akan mula bergerak.

Rekabentuk kemeja pilihan admin pada edisi kali Ini adalah seperti yang anda semua lihat pada gambar contoh yang telah tersedia ( itu contoh sahaja dan dijual secara online di laman Amazon ). Kemeja slim fit bertemakan corak batik dan berlengan panjang sahaja. Ini baju kemeja lelaki edisi terhad versi ikut citarasa sendiri. Material yang digunakan: Kain batik berkualiti tinggi Reka bentuk: Slim fit berlengan panjang sahaja Untuk tempahan, sila klik butang di bawah dan tolong sertakan bersama-sama tempahan tersebut saiz dan  ukuran ikut bentuk badan yang benar dan mengikut citarasa masing-masing.

Contoh format ukuran baju kemeja adalah seperti yang tertera di bawah atau boleh rujuk pada gambar yang telah disediakan… atau pilih ikut saiz yang telah disediakan.

  1. Ukuran bahu kanan ke kiri
  2. Ukuran panjang bagi lengan
  3. Ukur lilit bahagian lengan
  4. Labuh baju kemeja
  5. Ukur lilit dada
  6. Ukur lilit perut

Pertanyaan sila whatsapp ke – 01132229401 ( admin 200 ) / Email: niaga24jam@gmail.com

Gambar tersebut hanyalah contoh dan rupa bentuk kemeja sebenar akan terbit ikut jenis dan corak kain yang dipilih nantinya. Harap maklooonggg.

0 Tempahan Setakat Hari Ini

6633 Tontonan Setakat Hari Ini

SKU: N/A Categories: , ,

Al-kisahnya, ini Versi Ready stock. Harga lebih lunak dan mampu beli dan kos penghantaran PERCUMA geng!..