Categories
Client Research & Development

Petua merawat sakit lutut tanpa ubat

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmmmm, ini untuk kegunaan manusia-manusia yang ada masalah dengan sakit lutut, sakit-sakit dibeberapa bahagian sendi dan lengoh-lengoh serta kebas kaki dan tangan pada anggota tubuh badan ( bukan kerana patah riuk naaa  ) terutamanya pada bahagian bahu, pinggang dan pangkal paha serta sendi dibahagian lutut. Makanya nak buat macam mana dan apa caranya yang sesuai dan boleh kaaaa lega dengan cara rawatan awal tanpa ubat ini?.

Cuba try buat……. cara ini

Untuk kegunaan runner, abang pilot, akak-akak tukang jahit, mat despatch dan makcik-pakcik yang dah masuk usia emas. Cara untuk melegakan sakit lutut dan beberapa bahagian sendi diperingkat awal sebelum telan ubatan moden. Mai kita try cara ini, iaitu dengan picit dan bukanya urut pada bahagian-bahagian tertentu pada bahagian anggota tubuh badan dimana terdapatnya saluran darah berkumpul secara berjemaah terutama pada bahagian tapak kaki, bahu, tepi tulang punggung dan tempat-tempat yang nak kena picit dan tekan-tekan ini kena tengok juga apa punca sakitnya mungkin tersumbat barangkali. Contohnya jika sakit pada bahagian sendi lutut kiri kanan, picit saja pada bahagian atas tapak kaki dan insyaallah masalah sakit lutut akan selesai dalam tempoh 4 ke 6 jam selepas rawatan dilakukan ( jika nak dijadikan rezeki laaa ). Heeee…heeeeee..macam mana boleh jadi macam tu?. Admin pun tidak pasti tetapi itu laaa yang admin akan buat bila terkena serangan masalah sakit sendi pada bahagian lutut…… Jika sakit pinggang pulak dan yang bukan disebabkan slip disc, admin akan picit bukan urut naaaa pada bahagian tepi tulang punggung…..dalam tempoh 2 jam biasanya masalah akan selesai….tempoh picit-picit dan tekan-tekan ni prosesnya tak sampai 5 minit…….cuba try buat tengok…cuba try dulu…jika tidak…………………tak akan tau hasilnya nanti.

Kena tau bahagian hotspot nya juga

Emmm, dekat mana nak tengok diagram urat-urat saraf yang berselirat dalam tubuh badan?. Admin ambil info ini dari image yang diketengahakan oleh geng refleksologi untuk kenalpasti lokasi yang sesuai supaya mudah kerja dan salah satu darinya adalah yang admin pamerkan di bawah tu…dan yang part lain-lain kenaa cari sendiri laaaa naaaaa. Bahagian bertanda sememangnya adalah tepat pada masalahnya.

Ingat tu… tekan-tekan dan picit sahaja bukan urut naaaaaaa…

Image dekat atas tu adalah sebahagian darinya sahaja, yang lain-lain part terutamanya bahagian bahu dan pinggang nanti admin akan muat naik bila dah sampai masanya dan apa yang admin cerita semuanya ini adalah berdasarkan pengalaman admin sendiri dan telah diuji keberkesananya…yang buat tak jadi tu adalah disebabkan picit dan tekan tak kena pada kawasan dan tempat nya…..jadinya, kena buat latihan mencari lokasi punca sakit dengan lebih banyak supaya hasilnya lebih tepat padu.

Ingat tu tekan-tekan dan picit-picit sahaja bukan urut naaaaaa…..sebab admin tak praktikkan cara urut tu. Harap-harap lepas pada ini boleh laa rawat masalah ini diperingkat awal sebelum telan ubatan penahan sakit versi moden…semuanya bikin sendiri dan untuk yang dah tahap kritikal tu pastikan ke hospital laaa tempatnya kasi inject atau potong buang mana bahgian yang tak perlu…heee…heeeee….melawak saja tu….

Contact admin jika try buat banyak kali tak mau jadi

Karangan terpaksa diberhentikan. Emmmm……………..untuk orang utara yang ada masalah sakit lutut dan sendi yang mana bukan tahap kritikal tu boleh laaaaa contact admin. Itupun setelah try buat banyak kali proses dekat atas tadi tetapi masih tak mau jadi-jadi juga….sila contact admin dan admin tak ada hal punya untuk datang membantu……..heeee…heeeee.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Categories
Pelaburan Research & Development

Prinsip ada RM10, belanja RM7

Alhamdulillah, bertemu sekali lagi.

Tahukah pembaca sekalian ayat tersebut datangnya dari siapa?. Itulah ayat prinsip Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas pemilik dan pengarah utama JDT. Ayat yang menegaskan kepada pembaca sekalian bahawa apabila menjadi seorang pengurus kelab, elak berbelanja secara berlebihan dan itu sangatlah penting. Ini kisah tauladan untuk pengurus kelab bola sepak tempatan yang ada impian menjadi kelab gergasi yang dicemburui seperti JDT.

Belanja secara berlebihan merupakan salah satu punca utama akan berlakunya masalah kewangan. Punca awal terciptanya hutang dan hutang ( jika berlaku masalah ). Makanya, adakah ada solusi terbaik untuk berbelanja secara berlebihan?. Sudah tentu ada tetapi untuk apa prinsip berbelanja secara berlebihan ini diamalkan?. Pengurus yang baik pada kebiasaanya akan berbelanja mengikut cara Tunku Ismail punya prinsip. Walaubagaimanapun, berbelanja secara berlebihan boleh saja dilakukan jika tahu cara bagaimana untuk mendapatkan sumber pendapatan yang melimpah ruah.

Belanja secara berlebihan untuk tujuan pelaburan yang boleh mendatangkan hasil dimasa hadapan. Ini disyorkan dan cara ini diketegorikan sebagai berisiko tinggi dan hanya sesuai untuk pengurus yang tahu sebab kuatnya sahaja kenapa perlu berbuat demikian. Contohnya, berbelanja untuk mendapatkan pemain terbaik dan ini haaaaa caranya yang boleh digunapakai oleh pengurus kelab yang suka akan berbelanja secara berlebihan…

Ini solusi TERPADU daripada pasukan admin untuk pemilik kelab bola sepak di Malaysia yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dan suka akan hobi berbelanja secara berlebihan. Jangan risau, cara ini tidak akan mendatangkan kemudoratan kekal dan insyaallah mampu memenuhi hajat tersebut. Iaitu menggunapakai sistem penghasilan pendapatan/penjenamaan moden yang lebih bijak bersifat menang-menang. Sistem ini akan membentuk tapak kewangan yang kuat dan berdaya tahan. Apa yang akan dibuat oleh sistem ini?.. Ini sistem langkah awal sebelum kelab BERTUKAR menjadi gergasi tempatan/Asia layaknya seperti JDT. Cara kerjanya seperti ini…

  1. Penghargaan terhadap penyokong. Dengan adanya sistem ini, penyokong akan mendapat manfaat dan penghargaan yang lebih baik dan pemilik kelab juga akan mendapat manfaatnya. Ini proses pembentukkan kekuatan dalaman secara terancang.
  2. Sistem ini juga akan menjadikan penyokong setia akan bertambah setia dan pemilik kelab bola sepak akan bertambah kuat kewangannya hasil kerjasama 2 kumpulan ini.
  3. Seperti biasa, dengan adanya sistem ini. Pemilik kelab akan dapat tiket penting yang akan menjadi daya penarik terciptanya minat penajaan daripada pihak luar.
  4. Ini yang paling terbaik. Memandangkan kelab bola sepak telah dinaik tarafnya dari sukan + perniagaan. Dengan terpasangnya sistem seperti ini, reputasi kelab akan turut berkembang dan secara jujurnya nilai kelab juga akan menjadi lebih bernilai dimata pelabur akan datang. Untuk menjual kelab dimasa akan datang dengan nilai sepadan itu juga akan menjadi lebih mudah.
  5. Dan banyak lagi kelebihan lain-lainya yang boleh tercipta dari sistem super mudah ini.

Sistem ini perlu kepada adanya laman web dan pelayan generasi terkini tahap super power. Contoh sistem telah tersedia di bawah dan boleh pandu uji tetapi ianya dipasang dan disesuaikan dengan kehendak blog ini dan untuk kehendak kelab bola, lain pulak cara pelaksanaanya dan sistem cadangan ini boleh saja disesuaikan dengan mudah untuk pelbagai ketegori permintaan dan tidak perlu dirisaukan tentang kelainannya.

Seperti biasa, ianya terhad dan kepada pengurus kelab bola sepak yang suka berbelanja besar dan berminat untuk tahu lebih lanjut tentang sistem ini. boleh saja masej admin menggunakan ruangan chat biru yang tersedia disebelah kanan di bawah.

Setiap masalah sentiasa ada jalan penyelesainya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.