Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Cara Kami Jual Barang Bundle Di Malaysia

Ini cara kami berniaga..

Bismillah,

Kami jual secara harga bid melalui online. Kami buat laman web yang siap dipasang dengan sistem bid sendiri yang ringkas dan senang untuk diguna oleh bakal pembeli dan peminat barang bundle amnya. Lepas tu, kami p cari sendiri stok barang bundle terpilih yang cun-cun dekat mana-mana penjual barangan bundle yang ada di Seluruh Malaysia. Ciri-ciri barang bundle yang kami cari.. ciri-cirinya seperti yang terpampang dekat bawah….

Yang pertama, kami akan cari

  1. Barang bundle yang berjenama jika dapat peluang.
  2. Kualiti tip-top. Ini syarat paling penting.
  3. Harga kena murah dan ini memang duduk dilevel keperluan utama perlu diperhalusi.
  4. Lepas tu try jual secara harga bid dekat laman web yang telah sedia ada tu. Harga buka biasanya akan bermula dari tangga harga barang kami dapat dari penjual atau pembekal + untung sejemput. Mula dengan harga bid RM 1 tu…. kami tak buat style tu.. nampak macam lekeh sangat dan tidak termasuk dalam kamus style team kami berniaga. Team kami akan letak dan buka pada harga yang sewajarnya sahaja. Tidak perlu buat permainan harga ke peringkat yang tidak sepatutnya perlu dibuat. Peniaga lain nak buat, itu mereka punya hal…
  5. Lepas tu, kami ulang langkah 1 sampai langkah 4 dan ulang lagi dan ulang lagi sampai laaa team kami cemuih…

Cara ni kami dapat jimat di banyak tempat. Yang bestnya, stok barang bundle yang kami simpan semuanya ketegori tip top. Pasainya, semua barang tu kami pilih sendiri yang sah-sah ada potensi dan pakej beli harga guni supaya dapat sauk harga murah segala bagai tu pulak kami tak buat. Buat serabut simpan stok banyak-banyak dengan barang bundle yang kadang-kadang stok ntah apa-apa. Yang eloknya berapa kerat saja.. Alasan dari pembekal nak bagi sedap hati.. “padan laa dengan cara tu, hampa kan nak beli yang harga murah… itulah barangnya kata pembekal”.. puuiihhh.

Scammer tak boleh cari makan dekat sini..

Team kami juga, sediakan escrow supaya urusniaga yang kami buat tidak terlibat dengan aktiviti scam.. Pasainya, selain barang dari team kami… barang dari peniaga lain juga kami open untuk masuk harga bid. Dengan itu, Aktiviti scam tu dipastikan tidak dapat berlaku dekat sini… ada berann?..

Itu laaa cara kami.. hanya perlu laman web + lengkap sistem bid + sistem pemasaran dan sistem pemasaran ni penting supaya proses cari bakal pembeli akan jadi lebih mudah. Cara team kami buat ni tak perlu setup kedai offline bagai, semua tu makan modai pada pentafsiran team kami dan kesan dari buka kedai tu laaa nanti membuatkan harga barang bundle perlu di markup harganya lebih tinggi dari apa yang mampu dibeli oleh pengguna barang bundle dekat Malaysia… Bukan peminat tau.. peminat barang bundle ni dia ada kelasnya yang tersendiri….

Caranya kerjanya, ada dekat bawah.. simple sahaja.

Pertanyaan, email ke support-team@niaga24jam.com atau masej admin kami yang bertugas di Telegram https://t.me/maketmakers.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *