Posted on Leave a comment

Homestay Kodiang, Kedah

kodiang

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hanya 15 minit dari Pekan Jitra dan 30 minit dari Kuala Perlis. Juga 30 minit ke UUM dan 5 minit dari stesen keretapi ETS Kodiang. Kenapa perlu bermalam di Kodiang?……mungkin ingin merasai sendiri susana kampung yang bebas dari kesibukkan kota. Mungkin….nak cari homestay yang bajetnya lebih murah tetapi selesa dan mungkin juga ingin melihat, merasai sendiri keunikkan Kodiang dengan panorama indah hamparan sawah padi dari atas bukit-bukit batu kapurnya yang tersergam indah….segalanya mungkin. Kodiang memang menarik nak habaq kat hampa.

Homestay di kawasan Kodiang ada banyak lagi dan yang sempat dikutip buat masa ini baru 2 buah sahaja dan yang lain tu nanti pelan-pelan team pemasaran t.me/niaga24jam bawa masuk. Harga sekitar RM 150.00 ke RM 200 macam tu sahaja.

Senarai homestay lihat disini – homestay kawasan Kodiang.

Tempat makan:

  1. Restoren Camcha, Restoren Ikhwan, Pasembor Kodiang, Roti arab Pak Awang, Nasi goreng ayam sepinggan bak danĀ  Murtabak Kg Kandeh dan banyak lagi.

Pasar malam dan nat berdekatan:

  1. Pasar malam Padang Sera, setiap hari Ahad 5pm sehingga 10pm.
  2. Pasar Malam Kodiang, setiap hari Selasa. Waktu operasi 5pm sehingga 9pm.
  3. Nat Kodiang setiap hari Sabtu, Nat pokok getah, Pauh setiap hari Ahad ( kena mai awai tempat parking sikit orang ramai bag hang ).

Lokasi atas peta:

icon-car.pngFullscreen-Logo
Kokdiang

loading map - please wait...

Kokdiang 6.394801, 100.305862 Komuniti orang Kokdiang, Padang Sera, Napoh, Megat Dewa, Pida Dan Guaq Napai. t.me/koxdiang

 

Like, Tanda Sokongan Padu (0)
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *