Categories
Homestay Negeri Sebelah Utara Research & Development

Homestay sekitar Kodiang Kedah untuk bercuti anak- beranak

Kodiang sentiasa indah dan aman. Sebab tu digelar Kedah darulaman…

Homestay Jitra Kodiang, Kedah

RM 160.00RM 200.00

Selamat datang ke ruangan cari homestay sederhana Jitra Kodiang, Kedah Darulaman.

Kemudahan homestay TERSEDIA untuk para pengunjung yang terpaksa bermalam di Jitra sehingga Kodiang. Kemudahan baguih dok adaa!..

Pilih yang mana sesuai….ikut bajet masing-masing. Sebarang pertanyaan, sila masej admin bertugas….

Kepada pemilik homestay!… ini kemudahan sederhana untuk kasi viralkan homestay masing-masing. Berminat, sila masej admin bahagian iklan yang bertugas di Telegram alamat – https://t.me/maketmakers.

 

Peta lokasi homestay..





0 SUCCESSFUL ORDERS

23929 viewed until today

SKU: N/A Categories: ,

Tonton Video


Selamat datang ke Kodiang, Kedah.

Depaaaa dok kata..Kodiang ni best untuk p bercuti. Kodiang memang best pun, tempat baguih untuk bagi hilang stress terutamanya untuk warga kota metropolitan yang sesak jiwa-jiwanya….tidak perlu berbelanja besar untuk cari kedamaian…benda tu ada di Kodiang…dan di Kodiang ni makanannya murah-murah dan tempat makan dia pun banyak…tapi kalau teringin nak mandi laut..benda tu takdak dekat Kodiang…nak tengok hamparan karpet hijau kuning seluas mata memandang…aaaa! yang tu aaddaaa di Kodiang.

Aktiviti biasa…

Menjelang malam, p solat jemaah di masjid…lepas solat, keluar bersantai di kedai kopi..minum sat sambil sembang buhong dengan orang-orang kampung…esoknya bangun awal solat subuh di masjid…lepas solat subuh, p joging, kayuh gayrex ikot batas ban tengok pemandangan indah berkabus waktu pagi dengan udara yang segar tanpa diganggu hingar bingar kenderaaan….yang rajin mengai, boleh saja mengai ikan ayaq tawaq dekat parit-parit tepi bendang…perghhhh…nak rasa penglaman motong getah pun boleh…tapi kalau nak rasa pengalaman tanam padi kena mai time waktu menanam laaa….waktu cerita ini dimuat naik…laaa ni musim ambik padi tapi pakai mesin semua…mengerat memukoi tu semua dah takdak dan dah jadi sejarah puuunn…tak dak sapa mau buat dah… 😆 🙄 . Waktu belah petang pulak, jika cuaca baguih..layan matahari terbenam sebelum magrib tepi batas ban..dengan hembusan angin bendang + bunyi-bunyian dari alam seperti burung, katak, cengkerik dan banyak lagiiiii…emmmm…tak tau nak habag tenang dia lagu manaaa laaaa….kena try baru tau…

Tak payah cuti lama-lama..2 ke 3 hari pun cukup dahhh…lama nanti takut tak jumpa jalan balik pulak…hee..heeee..

Tempat beristirehat…

Nak duduk tang mana?. Homestay berlambak di kawasan Kodiang ni…dekat atas tu ada 2 biji… tengok dekat atas…

Sekian terima kasih dan selamat bercuti…

Kepada pengusaha homestay disekitar kawasan Kodiang yang ingin meramaikan lagi senarai homestay dekat atas, masej admin bertugas..

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *