Categories
Open source Research & Development

Mencipta Pendapatan Bulanan Yang Konsisten

JIka rasa pendapatan kurang dari RM3000, try buat cara ini……….mana tau menjadi…..ya, memang akan menjadi pun.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini hasil kajian dan penelitian secara terancang yang dibuat pada tahun 2017 dan kini telah dipraktikkan secara serius oleh pihak admin untuk kegunaan sendiri sahaja. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan pendapatan bulanan yang konsisten. Emm….anggaran pendapatan yang akan diperolehi hasil dari projek ini sekitar RM3000 sehingga RM6000 sebulan ( lebih lagi pun boleh ).

Tak perlu berhenti kerja…..

Nak buat macam mana?………invest duit sahaja. Hanya perlu invest duit dalam jumlah tertentu ( yang tak ada modal buat setakat mana yang ada ), untuk suatu tempoh jangkamasa tertentu seperti 12 bulan atau 24 bulan untuk tujuan penghasilan pendapatan bulanan dimasa akan datang secara konsisten mengikut anggaran pendapatan bulanan yang tertera di atas tadi. Sesuai dipraktikkan oleh golongan berpendapatan rendah, para petani, penoreh getah, orang kurang upaya dan ramai lagi terutamanya yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan. Hasilnya mungkin akan dapat dirasai selepas 1 tahun atau 1.5 tahun ++ dari tarikh bermulanya projek ini.

Kena kuasai ilmu berkaitan pelaburan….

Emm, untuk menjadikan projek ini boleh berjalan dengan baik. Projek ini akan di bawa untuk berkerjasama secara rapat dan dekat dengan dunia pasaran modal yang berimpak besar. Jadinya, Ilmu berkaitan pelaburan jangkasa masa panjang, selok belok pelaburan yang hendak dipilih, risiko pelaburan yang bakal dihadapi, pengurusan risiko pelaburan jika berlaku masalah tertentu dan sebagainya lagi perlu dikuasai terlebih dahulu ( itu syarat penting ). Dannnnnnnnnnn, ilmu ini boleh diperolehi dengan begitu mudah di internet sekarang ini. Jadinya, tiada alasan untuk berkata tidak tahu bagaimana cara untuk membuatnya. Internet kan ada?. Harap masej ini dapat diterima dengan begitu jelas sekali……….cantik dan yang seterusnya adalah..

Contoh yang boleh digunapakai…

Buat masa ini, admin invest kebanyakkan duit yang masih berbaki ( yang lain dah habis kena baham dengan INFLASI ) ke dalam beberapa projek ICO bagi ketegori teknologi blockchain ( modal sikit sahaja ). Pilihan ketegori pelaburan tidak semestinya sama antara setiap orang yang hendak membuat pelaburan seperti ini. Jadinya kena bijak memilih dan KENA TAU dekat mana nak letak duit masing-masing supaya ianya selamat dan mempunyai kemampuan tinggi untuk mendatangkan hasil. Jika di dalam Malaysia, PNB ( modal kena besar ) merupakan salah satu contoh tempat yang sesuai untuk tujuan pelaburan seperti ini dan yang sudah ada jaminan pasti akan mendatangkan hasil ( ikut rekod terdahulu ) paling tidak 7.5% ke 9% setahun. Tetapi, admin nak cari yang boleh mendatangkan 1000% ke 10000% setahun ( ikut target pendapatan bulanan masing-masing ). Heeee…heeeee…..duit banyak nikmatnya tak sama dengan duit sikit…

Kena buat kajian sendiri…

Setakat itu sahaja ceritanya yang admin boleh buka. Sila buat kajian dan balik buat bila sudah faham akan cara kerjanya. Dengan adanya projek sebegini, kebarangkalian terputus bekalan sumber kewanganadalah tipis, cumanyaaaaaaaaaaaaaaaaa jangan terlebih boros dan guna ikut bajet per bulanan sahaja dan konsep ini perlu diulang-ulang sampai mati. Harap maklum dan projek seperti ini juga digunakan untuk mengkayakan manusia yang sudah kaya menjadi bertambah kaya-raya.

Tidak tahu sila bertanya……….sudah tahu, itu bukan urusan admin…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *