Categories
Sharing Is Good Urusniaga Pasaran Hadapan

FCPO – tempat buat duit di internet

Assalamualaikum,

Ahaaaa, hari ni kita cuba teliti tengok maklumat yang saya hendak sampaikan ini.Mungkin ada yang berminat untuk mencuba nasib di sini.FCPO ini apa sebenarnya ya?

Kalau nak tahu apa itu FCPO, saya cadangkan tuan-tuan dan puan-puan semua  rujuk sahaja disini:

  1. http://www.klse.com.my/website/bm/derivatives/products/Commodity_Derivatives/fcpo2.html
  2. http://rais.my/blog/apa-itu-pasaran-hadapan-minyak-sawit/
  3. Untuk pengenalan  FCPO sila download dekat bawah

[downloads_box title=”Pengenalan FCPO”]
Pengenalan FCPO
[/downloads_box]

Selain dari dua senarai di atas tadi, dimana lagi maklumat berkaitan FCPO(urusniaga pasaran hadapan minyak sawit) ini boleh dijumpai?.Kalau rajin sila buat rujukan di forum-forum yang sempat saya senaraikan dibawah:

  1. FORUM BICARAJUTAAN.COM
  2. FORUM CARIGOLD.COM
  3. Dan banyak lagi forum-forum lain yang boleh anda jumpa sebenarnya.

Ok lah ini adalah pandangan peribadi dari saya sendiri, FCPO adalah tempat buat duit melalui internet dan juga merupakan tempat menguji kepakaran kita dalam bidang pelaburan berisiko tinggi.Ianya boleh di urusniagakan melalui internet.Lebih kurang sama dengan FOREX tetapi lebih selamat dari FOREX.Berdaftar dengan pihak kerajaaan dan bebas dari segala aktiviti penipuan.Tetapi aktiviti kerugian tetap ada jika ilmu perniagaan berkaitan urusniaga pasaran hadapan minyak sawit ini kurang.Merupakan urusniaga serampang dua mata.Boleh dapat untung sama ada melalui kenaikan dan penurunan harga dipasaran.Begitu juga dengan kerugianya..Haaaa..haaa bab yang tidak enak untuk di dengar.

Apa yang istimewa sangat disini adalah lulus syariah.Jadi bagi peniaga Islam, bab halal haram FCPO ini tak perlu dibimbangkan sangat.Sekali lagi ingin saya tekankan disini bahawa ianya lulus syariah.Urusniaga FCPO ini sesuai untuk siapa? secara terus terang saya katakan FCPO sesuai untuk peniaga atau pelabur yang sudah mahir.Untuk pelabur baru, disini tidak berapa sesuai untuk anda.

Bagaimana pulak dengan modal permulaan? Bagi saya sebagai seorang peniaga kecil-kecilan RM15 ribu dikira sudah memadai.Kalau besar dari angka tadi lagi baik.Paling kecil yang berani saya sarankan adalah RM7 ribu.Bawah daripada angka tersebut di kira agak berbahaya tetapi masih boleh diterima jika sekadar ingin mencuba.Dari segi keupayaan untuk bersaing modal dibawah 7 ribu adalah agak lemah…Untuk bermula dengan modal permulaan di bawah apa yang di sarankan tadi, anda perlu menjadi seorang peniaga yang mahir.. disebabkan anda mahir lah..modal yang kecil pun akan menjadi besar.Harap maklum.

Untuk peniaga kecil kalau masih berminat untuk merasai hasil dari urusniaga pasaran hadapan minyak sawit ini.Masih ada satu jalan lagi yang dirasakan sesuai.Tubuhkan kelab urusniaga pasaran hadapan minyak sawit yang diangotai oleh beberapa orang yang betul-betul berminat dan faham tentang risiko urusniaga FCPO ini kemudian mulakan urusniaga.Dengan cara ini risiko kerugian berganda dapat dikurangkan dan sudah tentu ramai orang akan dapat turut serta.Di samping itu, para peserta dapat juga berkongsi ilmu yang berkaitan dengan  urusniaga pasaran hadapan minyak sawit ini.Emmm menarik bukan.Secara terus terang saya katakan kalau ada  kelab urusniaga sebegini yang ingin diwujudkan, Saya pun berminat untuk menyertainya malah menyumbangkan idea,modal dan kepakaran sekali kalau di izinkan.Minta-minta ada la selepas ini..

Yang  sebenarnya saya sudah lama dalam bidang ini, bermula sebagai seorang pelabur bukan melalui kelas,kolej atau universiti.Tetapi try and error.Saya hanya belajar dari kesilapan yang berlaku dan kesilapan dari nasihat kawan-kawan.Banyak maklumat yang disampaikan ini mungkin ada yang boleh digunakan dan ada yang tidak boleh digunakan.Kebanyakkanya datang dari pengalaman ketika berurusniaga dan kajian secara peribadi semata-mata.Sumber rujukan terbesar adalah Internet terutama sekali pakcik Google dan Pakcik Youtube.Bagi yang berminat untuk mencari sumber pendapatan dari internet apa kata anda cuba apa yang saya sampaikan ini.Mudah-mudahan anda akan berjaya.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Maklumat yang patut dibaca:

Categories
produk kraftangan Sharing Is Good

Pasu dan tudung saji – koleksi kraftangan 2010

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi, ini hanyalah sekadar infomasi percuma dari saya. Tudung saji dan pasu merupakan  koleksi terhangat untuk tahun 2010 di niaga24jam.com berbanding koleksi-koleksi lain.Harga setiap produk kraftangan yang dihasilkan antara RM15 hingga RM85 sahaja.Anggaran pendapatan boleh mencecah ribuan ringgit kalau sanggup terima banyak tempahan.Malangnya pihak niaga24jam.com tidak dapat memenuhi kesemua permintaan yang ditempah  oleh kerana kekurangan tenaga kerja pakar dan mahir  dalam bidang ini.Di harap kekurangan ini dapat ditampung oleh pengusaha lain kalau ada yang berminat. Pasaran untuk kraftangan dari bahan kitar semula ini memang tidak pernah menghampakan.Kalau dikira ikut hari, produk ini mula diperkenalkan di niaga24jam.com sudah hampir 4 tahun yang lalu dan sehingga sekarang permintaan terhadap produk-produk sebegini tetap ada.Jadi jangan lepaskan peluang ini.Suri rumah tangga sangat-sangat digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang ini.Kosnya sangat-sangat minima dan keuntunganya sangat-sangat berpatutan.

Koleksi hebat dan yang banyak sekali dapat tempahan untuk tahun 2010

[nggallery id=28]

Yang penting kretiviti, kualiti setiap produk yang dihasilkan dan harga yang berpatutan.Kalau nak lagi mantap, promosi kena buat selalu.Bab promosi saya rasa tak ada masaalah….internet kan ada.Lagi pun kalau kita guna internet sebagai medium untuk memperkenalkan produk kita,  kos yang perlu disediakan sangat-sangat berpatutan dan amat sesuai untuk tempoh jangka masa yang panjang. Jadi jika anda rasa sangat-sangat berkelayakkan dan boleh buat, jangan tunggu lagi mulakan sekarang. Jika tak tahu macam mana nak buat, itu senang sahaja  dan kalau berminat untuk belajar bagaimana untuk membuat kraftangan dari kertas bermula dari kosong sampai pandai, anda boleh meghubungi saya untuk khusus tersebut.Terhad untuk orang disebelah utara dan hanya 2 orang sahaja untuk satu sesi.Harap maklum.

Emmm macam mana, berminat untuk mencuba ? kalau berminat bertindak sekarang.Kalau tak tahu boleh belajar.Paling lama setahun mahir aaa.Paling cepat 3 bulan.Semoga maklumat ringkas ini berguna untuk anda semua.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

*Lokasi
[cetsEmbedGmap src=http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Kampung+Pering+Kodiang,+Kedah+Malaysia&sll=6.372069,100.334873&sspn=0.017188,0.027595&ie=UTF8&hq=&hnear=Kampung+Pering,+Kodiang,+Kedah,+Malaysia&t=h&z=14 width=530 height=380 marginwidth=0 marginheight=0 frameborder=0 scrolling=no]