Categories
Marketing Pelaburan Perniagaan

Iklan Sekali Tetapi Untung Banyak Kali

Assalamualaikum,

Kalau dapat pakej iklan yang macam ini memang terbaik laa. Jimat kos dan ROI pun tinggi.

Kes yang macam ini biasanya dimiliki oleh blogger atau pemilik laman web. Biasanya usia setiap artikal yang telah diterbitkan akan bertahan di dalam dunia internet untuk tempoh masa yang lama selagi ianya tidak dipadam. Manfaat besar dari kelebihan ini biasanya untuk artikal yang mempunyai unsur atau kepentingan kepada sesuatu jenis perniagaan yang dijalankan.

Cuba bayangkan, keluar modal untuk terbitkan iklan sebegini sekali sahaja tetapi penampilan boleh mencecah jutaan kali.  Dalam jutaan kali itu mungkin beribu-ribu kali mendapat tempahan. Emmm macam tu lah hasilnya. Mengikut pengalaman admin, promosi produk 4 tahun yang lalu masih lagi mendapat tempahan sehingga kehari ini. Memang menguntungkan.

Tetapi cara ini terhad kepada blog atau laman web yang memiliki SEO terbaik sahaja.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Marketing Perniagaan

Pembeli Yang Datang Dari SEO

Assalamualaikum dan salam hormat,

Pembeli yang datang dari hasil SEO merupakan pembeli sebenar yang tinggi peratusanya untuk membeli dan mereka ini datang dari beberapa penyedia search engine terpilih.

Pada kebiasaanya, pembeli-pembeli sebegini mencari sendiri maklumat setiap produk yang diperlukan mengikut keyword tertentu di search engine. Mana-mana keyword berkaitan yang mesra SEO biasanya akan diberi keutamaan untuk berada di dalam senarai hasil carian penyedia enjin pencari. Mana-mana keyword yang bernasib baik dan tersenarai di muka surat pertama atau kedua di dalam senarai search engine akan mempunyai peratusan yang tinggi untuk dipilih oleh pencari maklumat untuk ke peringkat kritikal seterusnya. Iaitu, bahagian penyedian maklumat dan part ini paling penting.

Jadi atau tidak untuk membeli ianya bergantung kepada maklumat yang telah tersedia di dalam landing page kepada produk tersebut. Maklumat yang terlalu cincai dan tidak lengkap, biasanya akan berakhir dengan hasil yang sia-sia. Jadi manfaatkan peluang yang ada ini dan buat lah landing page sehabis baik yang boleh.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.