Categories
Marketing Pelaburan Web & Blog Activity

Untuk Kegunaan Blogger Pengamal Ilmu SEO

Assalamualaikum,

Blogger dan pengamal ilmu SEO kena hadam betul-betul nasihat dari Maile Ohye selaku Google Technically Developers Text List. ( kalau salah tolong adjust )

Ada baiknya kita sebagai blogger dan pengamal ilmu SEO  ambil faham serba-sedikit perkara-perkara terlarang yang boleh menyebabkan blog kita dinyahsenaraikan dari senarai pekhidmatan organik yang disediakan oleh mereka. Bagi pihak admin apa yang cuba disampaikan oleh Maile Ohye adalah benar dan patut di ambil peduli.

Video ini dimuat naik pada tahun 2012, dan tidak lama lagi penguin algorithm akan dikemaskini dan  pihak admin tidak berani jamin sama ada nasihat ini boleh bertahan atau tidak. Emm apa-apa pun selesaikan yang ada depan mata dulu.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Perniagaan internet

Orang Malaysia Suka Shopping Online

Assalamualaikum.

Ini maklumat untuk kegunaan blogger yang selalu buat bisnes secara online. Maklumat ringkas ini diperolehi dari ecommerce.milo. Pengguna online di Malaysia yang terlibat seramai 626 orang dan hasilnya ada dibawah.

91% dari peserta yang terlibat suka shopping melalui online dan ketegori produk yang mereka suka shopping adalah elektronik, pakaian & aksesori, makanan, produk kecantikkan dan barang-barang rumah.

Kita tengok pulak bagaimana cara mereka shopping melalui online?

  1. 69% akan cari di Google search
  2. Direct terus ke laman web 58%
  3. Melalui Facebook 51%
  4. Rekomen oleh kawan 40%
  5. Melalui email 38%

Bila shopping mesti nak kena bayar kan?

  1. 75% lebih suka guna kemudahan kredit kad
  2. 67% akan guna online banking seperti Maybank, CIMB dan yang lain-lainya.

51% kaki shopping melalui online berumur 26 ke 35 tahun. ( prospek kuat shopping ). Groupon ( 69% ), Facebook ( 49% ) dan Livingsocial ( 38% ) mendapat faedah besar daripada sikap orang Malaysia yang suka shopping melalui online.

Emmm, ruang dan peluang cukup besar sebenarnya tetapi bagaimana untuk menembusi pasaran tersebut? emmmmm…….

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.