Posted on 2 Comments

Bagaimana Harga Beg Tangan Bundle Di Tetapkan

Beg tangan bundle original - 6 bIji RM900

Assalamualaikum dan salam hormat,

Biasanya pihak admin akan tengok brand, lepas tu tengok kualiti dan cek status barang bundle tersebut sama ada limited stok atau biasa-biasa punya. Jika limited stok dan branded terkenal, harga memang mau ingat…. pasti keras ( sampai tak mampu beli pun ada ). Emmmm..lebih kurang macam tu laaaa harganya ditetapkan.

Emmmmmm…..untuk pembelian harga borong lain pulak kisahnya. Biasanya akan ikut kuantiti, jenama dan kualiti……biasanya akan murah banyak jika guna cara ini daaaannnnnnn ramai peminat akan guna cara ini….margin untung berbaki jika masuk market untuk dijual kepada end user…perghh, masih lagi tebal….beg bundle ini, harganya boleh letak ikut suka hati seberapa banyak mana pun yang dirasakan sesuai kerana ianya bersandarkan kepada kualiti, brands dan kuantiti sesuatu barangan. Punca paling keras adalah branding, limited stok, rare dan sebab itu jangan terkejut jika ada diantaranya harga mampu terkeluar dari batas pemikiran manusia biasa…..heee…heeeeee…ikhtibar untuk bakal pembeli adalah………jika mampu, boleh beli dan jika tidak mampu abaikan saja…..

Beg tangan bundle

Untuk bakal pembeli….

Lagi satu hal, jika berminat untuk terlibat secara serius dengan barangan bundle tahap tinggi kualiti terutamanya beg, kasut atau jam. Yang pertama perlu set dekat minda:

  1. Nak jadi penyimpan, peminat, pembeli atau peniaga perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan stok barangan bundle yang ada pada ketika itu ( bukan untuk semua barangan bundle ). Contohnya kasut, jam tangan dan beg ( barang ni semua limited stok terutamanya yang betul betul elok dan lain dari yang lain. Jika yang suka memilih dan nak itu dan nak macam ini, elok cari stok yang fresh dan baru keluar dari kilang…………. senang dapat ). Jika tunggu stok bundle mungkin susah nak dapat…heeee..heeeee.
  2. Buang cara pikir yang rata-rata barangan bundle adalah murah dan memang tak patut mahal harganya ( kena pandai tengok jenis barang ). Jika stoknya susah untuk didapati dan pelik dari yang sedia ada, kebiasaanya harga pun agak pelik. Heee…heeeeee..
  3. Nak beli dengan harga yang berpatutan, sila deal untuk aktiviti borong dan pastinya akan dapat dibeli dengan harga yang berpatutan dan harap maklum.
  4. Tak ada lagi cerita tambahan mengarut yang admin nak taip lagi.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Like, Tanda Sokongan Padu (0)
Posted on Leave a comment

Port Iklan Hard Sell

La Bourse hair care

Assalamualaikum dan salam hormat,

Yang terkini dan lokasi menarik untuk aktiviti hard sell dan soft selling. Platfomnya smartphone dan aplikasi sokongan adalah telegram laaaaaaa…… apa lagi. Kenapa telegram?…….ntah lah….admin guna telegram sebab tak kacau space dalam smartphone….whatsappp?…..bukan tandingan telegram laaa jawabnya ( buat masa ini ya…whatsapp masih lagi di depan dengan fungsinya yang terhad ).

Selamat tinggal iklan fb group, instagram, blog dan search engine ( semua ini akan tertinggal dibelakang tidak lama lagi ) untuk kaki bisnes saja dan untuk aktiviti yang tidak melibatkan bisnes still okay. Hard sell dekat platfom telegram memang sempoi dan kian berkembang di Malaysia.  Walaupun dipenuhi dengan peniaga rata-ratanya, insyaallah ke depan nanti bila market telegram sudah berkembang pesat di Malaysia. Sale juga akan turut meningkat naik tetapi kena tunggu kuasa beli dikalangan pengguna telegram berkembang laaa dulu kan.

Buat masa ini, admin masih lagi menggunakan blog + seo dan disokong oleh aplikasi telegram sebagai medium untuk tujuan pemasaran ( geng organik marketing ). Okay, jika berminat boleh join salah satu dari banyak-banyak group iklan yang ada dekat bawah. Sila tengok senarai dekat bawah, yang itu semuaaaaaaaaaa admin dah join ( sale buat masa ini….heeeee…heeeeee bagai dikata laaaa, market masih kecil dan masih lagi dikuasai oleh pengiklan dan pembeli pulak dalam mode memerhati  ).

Senarai group iklan telegram yang boleh disertai.

  1. https://telegram.me/niaga24jam  – yang ini  group iklan dan sedut ilmu bisnes sampai senak di bawah kelolaan admin.
  2. https://telegram.me/iklanmalaysia
  3. https://telegram.me/joinchat/C7bD5kD2F80immTq6IV_hg
  4. https://telegram.me/iklansukahati
  5. UsahawanProdukOnlineSuperGroup – link cari tak jumpa
  6. https://telegram.me/penselkayubuyANDsell
  7. https://telegram.me/iklanrakyat
  8. Yang lain sila p cari sendiri…..

Sila ambil perhatian, market telegram tersangat lah open dan  mudah terdedah dengan pelbagai konspirasi dan teknik tidak bermoral…jadinya, sebarang bentuk urusniaga perlulah lebih berhati-hati.

Sekian terima kasih dan selamat berjuang.

 

Like, Tanda Sokongan Padu (0)
Posted on Leave a comment

Group Iklan Dan Sedut Ilmu Bisnes

kacang pistachio 10 kg

Assalamualaikum dan salam hormat,

Untuk kaki bisnes, dekat sini ada 1 port baik punya untuk iklan dan juga untuk sedut ilmu yang berkaitan dengan bisnes secara percuma.

Platfom yang digunapakai adalah smartphone dan aplikasi sokongan berikutnya adalah telegram ( boleh install secara percuma ).  Kenapa guna aplikasi telegram?, ntah…..rasanya ikut trend kot……tak lah. Atas sebab jimat space dan faktor keselamatan yang dijanjikan.

Setengah group, ajak join tapi tak boleh iklan dan setengah group pulak,  iklan semata-mata. Yang lagi tragisnya adalah ajak join tetapi sekadar boleh tengok dan baca sahaja( memang tak patut ) dan admin jarang join group yang serupa ini.

Rasa-rasa macam berminat untuk terlibat sama, boleh join group yang ada dekat bawah. Buat masa ini, yang ramainya geng iklan dan rekod  urusniaga yang telah tercipta tidak dapat dikenal pasti dan jangan tanya admin naaaa ( ikut hasil kaji selidik tidak rasmi, tiada sebarang aktiviti tanya-menanya dikalangan para peserta di dalam group terhadap mana-mana produk atau services yang diiklankan………admin join banyak group, rata-rata berperangai hampir sama saja…heee..heeeee ). Mungkin mereka private chat tak pasti laa pulak kan…….yang tak pasti, biarkan dia bermain-main dengan dunia nya yang tersendiri. Yang penting iklan dan kasi viral segala produk yang kita cuba pasarkan adalah matlamat utama join sesuatu group. Organik marketing memang macam ni laaaa perangainya….

Join link: https://telegram.me/niaga24jam

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Like, Tanda Sokongan Padu (0)