Categories
Bitcoin Open source Research & Development

Pengalaman Trading Bitcoin Time Market Drop

Assalamualaikum dan salam hormat,

31/8/2017 market cryptocurrency terutamanya Bitcoin start drop secara agresif selepas melepasi harga tertingginya iaitu level USD5000 ( mau ingat time-time macam ini, biasanya market akan membuat pembetulan harga ). Next target USD10,000….

Beli pada harga diskaun………….

Pada level USD4000, cash yang admin standby sudah pun cerah sepenuhnya ( modal sejemput macam ni laa ) kerana telah digunakan terlalu awal untuk beli pada harga diskaun sekitar 0.5% dari harga jangkaan iaitu USD4000. Rupa-rupanya market masih lagi mempunyai hasrat untuk drop ke paras yang lebih rendah dari apa yang admin jangkakan. Malangnya admin tidak dapat menghidu kejadian tersebut sejak dari awal-awal lagi. Al-maklumlah admin bukannya pakar ramal seperti Nujum Pak Belalang…tu…heee…heeeee. Admin hanya guna stratergi pengurusan risiko sahaja dan tidak mampu untuk membuat sebarang prediction tepat untuk menentukan sejauh mana harga akan dan mampu menjunam ( dari penglaman lepas-lepas, prediction mengunapakai kaedah teknikal analisis hanya akan mendatangkan lebih banyak konfius )…. Jadinya admin tidak praktikkan cara tersebut.

Rugi 10% sahaja….dari 41%..

Hampir 41% juga market drop….heee…heee. Itupun, masih ada lagi dari kalangan traders yang membuat ramalan menggunapakai kaedah ilmu ramalan masa depan bahawa market akan drop lagi sehinga mampu mencecah level USD2000 ( mereka lupa stok Bitcoin terhad dan permintaanya tinggi )…Jadinya mereka pun tunggulah dan terus berharap…..last sekali pada tarikh 15/9/2017 market berpatah balik ke level USD4000 ( tarikh posting ini dimuatnaik ). Sepanjang market drop, admin hold ( 10% sahaja dari harga yang terjun ) semua open position yang telah dibeli. Tak lama mana pun, 7 hari macam tu saja tempoh menunggunya sebelum nilai BTC recovering semula.

Invest dekat altcoin sangat membosankan…

Untuk altcoin buat masa ini, admin rasa sangat tidak menarik untuk dibuat bahan pelaburan ( bukan semua naaa, ada 3 ke 5 altcoin boleh dinilai semula ). Bitcoin drop mereka drop, bila harga bitcoin naik mereka masih lagi terhegeh-hegeh mencari arah tuju sama ada untuk naik atau statik pada harga yang sama. Jadinya agak membosankan jika invest pada benda yang banyak bergantung kepada sesuatu coin lain tetapi tidak aktif pada hari yang sepatunya. Jangan cari penyakit dan boleh mendatangkan kebosanan….heee….heeee.

Blahhhh dulu naaa…. dan admin nak kena sambung buat  R&D untuk vitamin rambut pulak.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Bab basic jangan tanya banyak-banyak sebab benda tu boleh dapat free dalam internet dan kena rajin cari. Tak boleh makan suap selalu….tak baik untuk kecerdasan minda.

 

Categories
Perniagaan barangan bundle

Stok Beg Bundle Bulan Sept

Assalamualaikum dan salam hormat,

Tak dapat yang baru, dapat stok bundle yang original pun jadi laaahhhh. Stok yang selalu ada terdiri dari beg tangan wanita dan juga clutch untuk lelaki-lelaki ganteng. Stok yang akan diberi keutamaan adalah dari Paris, France, Italy dan Japan. Untuk booking stok yang cantik-cantik, berkualiti tinggi, rare dan berjenama kena deposit 50% terlebih dahulu dan bakinya harus dibayar sebelum tempahan dipos keluar. Harga yang diberikan tidak termasuk kos penghantaran. Deposit perlu dan gagal berbuat demikian transaksi akan dianggap tidak pernah berlaku dan harap maklum.

Beg bundle original

Bab kualiti jangan bimbang….

Kualiti dijamin puas hati, tip-top dan pihak admin hanya boleh proses untuk terima order setakat yang ada stok dan yang cukup syarat-syaratnya sahaja. Emmmmmmm………..untuk pakej buka guni baru, pihak admin tak buat pakej tu dan juga permintaan untuk mendapatkan stok dari jenama tertentu juga pihak admin tak buat ( bukan senang punya kerja tu ).

Emmmm koleksi beg yang pernah ada boleh tengok dekat IG admin dialamat “begbundle” atau dekat sini: https://niaga24jam.com/product-category/beg-tangan-bundle-original/

Bab harga…

Harga biasanya bermula dari RM 95 ke RM 600 ++ per-unit ( ikut jenis, kualiti dan jenama beg yang sampai ). Harga boleh dibawa berbincang dan boleh tawar menawar sampai setuju dan biar adil antara dua pihak.

Berkenaan free gifts………

Berkenaan free gitf tu pulak, pembeli yang layak kena ada wallet bitcoin ( tak tau tanya, admin boleh tunjuk caranya ). Tak ada wallet bitcoin semua free gift admin bedal……heeee…heeeeee.

Berminat, sila whatsapp/telegram pihak admin ditalian +601132229401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.