Categories
Marketing Research & Development

Cara Cepat Mendapatkan Idea Bisnes 2024

Bismillahi,

Sebahagiannya dikutip dari siri podcast berdasarkan pengalaman tetamu podcast yang sudi dan baik hati untuk berkongsi pelbagai kisah sepanjang perjalanan mereka memburu kejayaan dalam bidang masing-masing.

Yang bestnya adalah,

Siri podcast ini ada kalanya tetamu podcast ini sering terlepas cerita tentang tip-tip penting yang mereka gunapakai ketika mereka menjalankan sesuatu usaha sehingga membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.

Di sini, apa yang harus diberi perhatian oleh pendengar adalah, dengar dengan teliti dan mengamatinya secara serius dari setiap kata-kata yang terbit dari luahan rasa tetamu podcast tersebut dan kutip pada mana-mana bahagian yang berguna untuk dijadikan idea. Pasti akan ada nanti mana-mana bahagian yang baik, berguna akan terbit dari percakapan mereka dan ianya boleh diambil untuk dijadikan bahan atau pelajaran berguna buat kegunaan pendengar yang mencari sesuatu idea. Kebanyakkannya adalah datang dari kidah benar….

Secara peribadi, tersangat banyak idea-idea bernas yang boleh dikutip dari siri podcast tersebut dan sebab itu, team niaga24jam sanggup meluangkan banyak masa setiap hari untuk mendengar dan mengutip seberapa banyak maklumat penting sedapat  mungkin dari setiap siri podcast tersebut.  Terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti pemasaran, teknik, pelaburan dan pelbagai lagi yang berkaitan rapat dengan hal ehwal kewangan dan penghasilan usaha serta motivasi yang terselit juga. Perlu diberi perhatian, pada kebiasaannya, tip-tip berguna tersebut hanya akan dikongsi dalam bentuk pakej berbayar atau secara tertutup tetapi jika sering mengikuti siri podcast seperti ini, benda-benda tersebut boleh sahaja didapati dengan kos yang sangat minimal dan hampir kepada percuma…. nak kata percuma, rasanya tidak kot….

Bagi yang berminat, boleh ikuti siri podcast yang sering diburu oleh team niaga24jam setiap hari di platfom Telegram – https://t.me/niaga24jam?videochat

Apa yang didengari oleh team Niaga24jam, itu yang sedang “ON” secara live di dalam group tersebut. Mantapppp!…

Daaannn kepada yang mengikuti siri podcast ikut link tersebut, setiap peserta berpeluang untuk menggunakan kemudahan bot iklan automatik, database pengguna organik untuk kerja-kerja iklan jika berminat… Dan kelebihan podcast adalah ianya mudah diadaptasi… ketika memandu pun boleh, ketika sedang memasak pun boleh, ketika minum petang pun boleh dan ianya lebih bermanfaat dari melayan bahan-bahan yang tidak mempunyai sumber nilai tambah yang tinggi dan berguna..

Semoga bermanfaat dan selamat majujaya.

 

Categories
Research & Development

Tahniah! Khairul Aming Kerana Berjaya Mendapat 80 Ribu Jualan Dalam Tempoh 3 Minit 39 Saat

3 minit 39 Saat

80 Ribu Jualan

RM 1 JUTA TERPANTAS DI TIKTOK MALAYSIA

Bismillahi,

Woowww! Tabik spring dan tahniah dan ini memang sangat hebat.

Kenapa begitu cepat dan pantas Khairul Aming mampu menghasilkan jualan sepantas itu?.. Dengan bantuan pangkalan data pengguna setia yang telah tersedia sejak sekian lama dan jenama Khairul Aming itu sendiri yang sudah terkenal dikalangan pengguna produk keluaran jenama Khairul Aming… maka KEPERCAYAAN yang telah tercipta sejak sekian lama itu yang memainkan peranan penting… admin belum mampu untuk sampai ke peringkat tersebut.. pasainya, buat kerja tidak konsisten…heeee..heeeee.

Apabila sudah memiliki pengkalan data pengguna setia yang kuat dan kena pulak dengan stratergi pemasaran.. maka itulah hasil jangka singkat yang diperolehinya… memang paduuuuu. Nak buat benda ni kena ambil masa yang lama tetapi bila sudah tersedia maka itulah hasilnya.. teknik yang sama sering digunakan oleh syarikat Apple, pembuat filem blockbuster dan beberapa lagi syarikat-syarikat besar yang lainnya. Kerap kali kita dapat lihat dari laporan media adalah syarikat Apple dengan produk andalannya iaitu talifon pintar berjenama iphone… itupun sebab dapat banyak liputan media terkenal… maka kita pun tahu laaa kejadian tersebut..

Tahniah! dan tumpang bangga.. selaku pemilik perniagaan, Pasukan Khirul Aming telah menunjukkan kepada admin bagaimana kejayaan stratergi jualan singkat itu boleh dan mampu berlaku… admin dah faham cara ini tetapi proses buatnya selalu sangat tidak konsisten.. pasai itu laa tak penah merasa untuk dapat buat sampai ke tahap yang semacam itu…Emmmm, pelajaranya adalah jangan ikut cara admin dan yang ingin berjaya seperti Khirul Aming, kena ambil pelajaran akan kejadian ini rapat-rapat.. kerana hasilnya sangat lumayan..

Selamat majujaya semua..