Categories
Bitcoin Open source Research & Development

Pengalaman Trading Bitcoin Time Market Drop

Assalamualaikum dan salam hormat,

31/8/2017 market cryptocurrency terutamanya Bitcoin start drop secara agresif selepas melepasi harga tertingginya iaitu level USD5000 ( mau ingat time-time macam ini, biasanya market akan membuat pembetulan harga ). Next target USD10,000….

Beli pada harga diskaun………….

Pada level USD4000, cash yang admin standby sudah pun cerah sepenuhnya ( modal sejemput macam ni laa ) kerana telah digunakan terlalu awal untuk beli pada harga diskaun sekitar 0.5% dari harga jangkaan iaitu USD4000. Rupa-rupanya market masih lagi mempunyai hasrat untuk drop ke paras yang lebih rendah dari apa yang admin jangkakan. Malangnya admin tidak dapat menghidu kejadian tersebut sejak dari awal-awal lagi. Al-maklumlah admin bukannya pakar ramal seperti Nujum Pak Belalang…tu…heee…heeeee. Admin hanya guna stratergi pengurusan risiko sahaja dan tidak mampu untuk membuat sebarang prediction tepat untuk menentukan sejauh mana harga akan dan mampu menjunam ( dari penglaman lepas-lepas, prediction mengunapakai kaedah teknikal analisis hanya akan mendatangkan lebih banyak konfius )…. Jadinya admin tidak praktikkan cara tersebut.

Rugi 10% sahaja….dari 41%..

Hampir 41% juga market drop….heee…heee. Itupun, masih ada lagi dari kalangan traders yang membuat ramalan menggunapakai kaedah ilmu ramalan masa depan bahawa market akan drop lagi sehinga mampu mencecah level USD2000 ( mereka lupa stok Bitcoin terhad dan permintaanya tinggi )…Jadinya mereka pun tunggulah dan terus berharap…..last sekali pada tarikh 15/9/2017 market berpatah balik ke level USD4000 ( tarikh posting ini dimuatnaik ). Sepanjang market drop, admin hold ( 10% sahaja dari harga yang terjun ) semua open position yang telah dibeli. Tak lama mana pun, 7 hari macam tu saja tempoh menunggunya sebelum nilai BTC recovering semula.

Invest dekat altcoin sangat membosankan…

Untuk altcoin buat masa ini, admin rasa sangat tidak menarik untuk dibuat bahan pelaburan ( bukan semua naaa, ada 3 ke 5 altcoin boleh dinilai semula ). Bitcoin drop mereka drop, bila harga bitcoin naik mereka masih lagi terhegeh-hegeh mencari arah tuju sama ada untuk naik atau statik pada harga yang sama. Jadinya agak membosankan jika invest pada benda yang banyak bergantung kepada sesuatu coin lain tetapi tidak aktif pada hari yang sepatunya. Jangan cari penyakit dan boleh mendatangkan kebosanan….heee….heeee.

Blahhhh dulu naaa…. dan admin nak kena sambung buat  R&D untuk vitamin rambut pulak.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Bab basic jangan tanya banyak-banyak sebab benda tu boleh dapat free dalam internet dan kena rajin cari. Tak boleh makan suap selalu….tak baik untuk kecerdasan minda.

 

Categories
Bitcoin Cryptocurrency Open source Research & Development

BTC, ETH, LTC, BCH, ZCASH

Assalamualaikum dan salam hormat,

Itu haa…………..5 jenis cryptocurrency yang telah pun dipilih secara halus oleh pihak admin untuk tujuan trading sejak dari bulan 3/2017 sehingga laaaahhhhh tarikh posting ini dimuat naik. Yang paling disukai oleh pihak admin adalah BTC dan no 2 jatuh kepada ETH. Keennaaaapaaa pulak itu yang dipilihnya?.

Image dekat bawah ni, sakan juga provokasinya…heee…..heeeee..

https://pbs.twimg.com/media/DJDBW7hUMAAwzeF.jpg

Kerana benda-benda ni laaaaaa……..

  1. Populariti
  2. Kestabilan untuk jangka masa panjang
  3. Projek yang didukung disebalik adanya sesuatu token cryptocurrency
  4. Volatiliti dan tak ada yang ini batal semua hasrat
  5. Aktif dan yang ini laaa alasan kuat yang perlu ada jika terlibat dengan aktiviti trading
  6. Disokong oleh komuniti open source yang aktif membuat penambahbaikkan setiap masa sehingga menjadikan sesuatu token itu bertambah menarik
  7. Dan beberapa hal lagi akan dimuat naik bila perlu sahaja……….

Keuntungan follow volume yang digunakan…

Target permulaan tak banyak, sekitar 5 USD sehari ( bajet cukup-cukup makan sahaja ). Sasaran utama adalah 5 cryptocurrency yang tersenarai dekat atas tadi sahaja. Jumlah keuntungan tu kena follow volume fund yang digunakan, bajet besar pump masuk pun besar dan bajet sejemput pump masuk pun sejemput saja laaaaaa. Projek ini admin target untuk setahun yang mendatang 1 hari USD 50…………..Disokong oleh stratergi khas untuk trade dan ianya tidak bergantung 100% kepada bacaan teknikal analisis. Al-kisahnya harga stratergi khas tersebut sekarang ini bernilai BTC 1.5 ( ikut kemampuan terkini ) lebih kurang macam tu laaaaa……………….

Kena pandai ambil peluang yang ada…..

Masalah minyak naik tak mau turun-turun, bajet lari, harga barang mahal, GST 6%, masalah currency exchange, susut nilai duit kertas, inflasi tidak terkawal, susah nak dapat kerja part time dan segala bagai hal lagi……………admin sarankan supaya luangkan masa untuk ambil tahu tentang kegunaan cryptocurrency terutamanya bitcoin dan cara gunanya sekali. Tak rugi…..nak habaq bagi. JIika ambil pendekatan untuk join group pelaburan, itu admin tidak mau terlibat sama dan TIDAK BERMINAT untuk ambil tahu tentang hal itu dan harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

P/s: Tak tau kena tanya bukan buat-buat pandai…..tetapi kan…boleh juga jika nak guna cara tu pun….mampukah bitcoin mempengaruhi 50% jiwa-jiwa orang Malaysia……heee…heee…