Categories
Cryptocurrency Research & Development

Harga ETH makin galak…RSI BELIAN / 1D hampir cecah 80%..fuhhh

Bismillah,

Untuk ETH, ikut penanda aras RSI yang admin guna dan sudah banyak jasanya kepada urusniaga admin yang lepas-lepas…Harga ETH pada tarikh 13/8/2022 sudah masuk level terlebih BELIAN…. ATH (untuk TF/1D ) sedang berlaku.

Ini untuk kegunaan peniaga jarak singkat naaaa….terima tuuu…

Jika tanda seperti ini sudah muncul, admin biasanya akan JUAL dan ambil untung. Ini spesifikasi urusniaga singkat antara 5 ke 7 hari waktu menunggu. Biasanya selepas pada tanda-tanda ini muncul, akan berlaku proses pembetulan harga sementara….

Diwaktu yang sama, berita positif tentang ETH sana sini bagus akan keluar di media seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan…Ini perangkap tuan-tuan dan puan-puan….heeee..heeee…

Yang admin selalu ambil peduli adalah modal jangan sampai makan modal….untung yang ada…sebat duluan…

Untuk buka akaun trading, rujuk disini – https://m.mexc.com/auth/signup?inviteCode=17RJG

Untuk belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Research & Development

Target 10%+, Market 7 hari hanya dapat 8.35%. RSI – 80% harga mula menjunam

Bismillah,

Inilah yang dikatakan tamak nak ambil untung lebih, selalu akan kena tunggu lebih lama…kerana dalam tempoh 7 hari penanda indikator RSI yang admin guna sudah mula cecah garisan 80%, garisan terlebih BELIAN untuk tempoh seminggu. Makanya, pasaran akan mula membuat pembetulan harga dan ini sedang berlaku sekarang….

Berani boleh tunggu, jika rasa goyang kena ambil sahaja setakat mana untung yang masih tersisa…Punca ini berlaku kerana sasaran terlalu tinggi berbanding keupayaan sebenar pasaran untuk tempoh 7 hari….ini pelajaran paling berguna.

Kes di atas merujuk kepada aset BCH yang admin buka posisinya 2/8/2022. Pada 8/8/2022 harga tertinggi sekitar $148/1 BCH. Anggaran untung sekitar 8.35%…Semasa artikel ini dimuat naik, harga aset sudah susut nilai untungnya dan tersisa 1.5%+ lebih kurang macam itu laaaaaa…haaaa..haaaaa….

Jadinya…urusniaga singkat tidak perlu tamak dan perlu letak sasaran yang senang dicapai oleh pasaran adalah lebih baik….Untung sikit lebih baik dari susut nilai modal…..terima tu dan admin akan tunggu untuk pantulan berikutnya. Tak ada margin call, jadi santai-santai saja dalam menunggu.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.