Bismillahi,
Menteri Besar YB Sanusi kata nak tarik pelancong dari dalam dan luar negara mai melawat Kedah pada tahun 2025. Jadinya, apakah acara yang paling best untuk TMK 2025 tu?.
Admin pun tak tau lagi, apakah plan sebenar agensi yang dilantik oleh kerajaan negeri Kedah untuk TMK 2025 ini. Laaaa ni admin dok tengah tunggu laporan rasmi tersebut keluar dan dimuatnaik ke internet saja. Pasainya, admin cari dekat internet dan tak jumpa pulak plan tersebut dan kalau jumpa senang laaa nak buat persiapan untuk ambil bahagian mana yang patut. Antara klu dari video yang depa muat naik dekat Tiktok kelihatannya lokasi seperti Gunung Jerai, Langkawi, Kodiang dan Lembah Bujang memang sah ada dalam plan TMK 2025 dan untuk tempat lain-lain tu belum tau lagi…. harap sangat-sangat laporan tu dapat keluar lebih awai supaya berkesempatan untuk buat persiapan apa yang patut.
Selain TMK 2025, Negeri Perlis juga masih meneruskan kempen melawat Perlis 2024/2025. Selangor juga rancak dengan perancangan TMS 2025 dengan sasaran 7 juta pelancong. Macam Negeri Perlis, sasaran mereka sekitar 3.7 juta pelancong daaaannnn 2025 adalah Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran pelancong Antarabangsa 23.5 juta pengunjung. Makanya, untuk kempen Antarabangsa TMK 2025 tak payah kalut sangat dah………… pasainya segala kempen dah jadi mudah dikeranakan adanya program Tahun Melawat Malaysia 2025. Katanya, jalan ke Tanah Rata, Cameron Highland akan diperbesarkan supaya kesesakkan tidak lagi berlaku dekat sana.. Nampaknya, Tahun Melawat Malaysia 2025, Cameron Highland jadi fokus kepada pelancong. Tahniah kepada mereka di tempat tinggi… dan orang sana kena guna kelebihan ini dengan sebaik mungkin dan bila dah untung banyak tu jangan pulak makan sorang-sorang.. turun bawah mai laaa ke TMK 2025 pulak. Tak baik tau hasil makan sorang-sorang.
Program TMK 2025 macam mana pulak?. Ini Negeri Selangor punya program sepanjang TMS 2025 nanti…
- Pelancongan Eko
- Pelancongan Agro
- Pelancongan Seni & Budaya
- Pelancongan Gastronomi (Makanan)
- Pelancongan MICE (Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions)
- Pelancongan Berpengalaman (Experiential Tourism)
TMK 2025 macam mana?..
- Untuk Negeri Kedah, jika pelancongan Sejarah tentang Ketamadunan Kedah Tua dimasukkan secara terpeinci kisahnya… Perrghhhh, ini memang jadi mablusssss seantero Dunia.. kerana sejarah Kedah Tua ini bukan kecik-kecik anak punya kisah. Tapi kena buat bagi teliti benar elok semua laaaa tanpa perlu sembunyi cerita yang ditutup. Ini untuk prospek pelancongan Antarabangsa & Tempatan khusus buat mereka yang minat tentang sejarah besar.
- Perlancongan Permotoran… yang ini jika TMK 2025 bawa masuk, griuh Kedah dibuatnya. Dapat buat program RXZ members ataupun SAU ( Santai Anak Utara ) pun tersangat dahsyat dah.. Ini merupakan program paling diminati oleh rakyat Malaysia berjiwa permotoran dan program ini patut ada dalam senarai.
Ada banyak lagi program yang boleh diselit masuk untuk TMK 2025 ni dan kenapa rakyat Kedah kena ambil peduli dengan TMK 2025?. Pasainya, ini semua peluang untuk tambah pendapatan sepanjang tahun 2025. Contohnya seperti di bawah… itu projek team admin untuk TMK 2025. Team admin buat template iklan yang siap viral supaya bakal pelancong yang nak mai ke Kedah depa tau dah tempat mana yang patut depa singgah dan berbelanja… sempat lagi untuk dibuat persiapan dan artikal ini dimuat naik Ogos/2024, masih berbaki 4 bulan sebelum masuk 2025.
Ralit kena tinggai kot belakang. Kedekut memang payah nak p jauh dan tamak selalu rugi… heeee…heeee.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
Pertanyaan, sila Telegram ke https://t.me/maketmakers atau komen dekat bawah….
Tempat menarik di Kedah
RM 0.00 – RM 0.00
Sempena kempen Tahun Melawat Kedah 2025. Terima kasih semuaaaa kerana mai bercuti di Negeri Kedah. Semoga Allah permudahkan urusan hampa semua. Insyaallah.
0 SUCCESSFUL ORDERS
2315 viewed until today