Categories
Aktiviti Hujung Minggu Emas 916 Pelaburan Pelaburan emas

Pelaburan Emas Di Malaysia

Assalamualaikum,

Masuk bab pelaburan emas pulak. Ada lagi yang belum terlibat dalam bidang pelaburan emas?. Jika belum cepat-cepat bertindak.

Pelaburan emas ini sememangnya sangat mudah. Tak payah isi borang segala bagai yang menyusahkan. Yang perlu ada hanyalah duit dan minat untuk melabur dalam bidang ini. Bulan Sept sahaja jumlah carian dengan kata kunci pelaburan emas berjumlah 12100 carian. Mengatasi lain-lain carian pelaburan yang ada ( sumber ruj Google ). Celik pelaburan emas nampaknya makin bertambah di kalangan rakyat Malaysia ( Orang Melayu amnya ).

Cara paling selamat untuk terjun dalam bidang pelaburan emas.

  1. Beli emas gred 999 / 916 yang kosong ( ikut bajet dan tak ada makeup ). Supaya senang nak jual, pajak dan sebagainya.
  2. Simpan buat sementara waktu kemudian belajar ilmu manipulasi emas dari pakar-pakar manipulasi pelaburan emas yang berlambak dalam Negara Malaysia( admin selalu follow Tok Belagak ). Kawan Tok Belagak dari Negeri Sembilan pun okay juga tapi nama sudah tidak ingat.
  3. Bila sudah tau cara manipulasi seharusnya kena pairing dengan bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Admin pairing dengan perniagaan internet. Jika teknik Tok Belagak dia pairing dengan properties. Ikut kepakaran masing-masing.
  4. Buat masa ini perkhidmatan Ar Rahnu adalah tempat yang paling sesuai untuk pajak emas-emas yang kita ada ( admin letak dekat YAPIEM sahaja ). Dekat sini tak banyak karenah.

Pelaburan emas ada macam-macam teknik dan cara. Terjebak dengan skim pelaburan emas yang ada senarai atau bakal disenaraikan oleh Bank Negara adalah sangat-sangat tidak disarankan ( tidak ramai yang berjaya melepaskan diri ). Sebelum pelaburan anda dibekukan sila berhati-hati atau ikut sahaja panduan pertama tadi. Undang-undang yang ada mungkin tidak sama, jadi jangan berkeras dalam hal ini. Tolak p tolak mai anda tetap akan menjadi mangsa ( jangan buang masa ).

Kenapa dengan pelaburan emas? admin tidak yakin dengan nilai wang kertas sebab tu admin tukar semua nilai wang kertas tersebut ke dalam bentuk pelaburan emas supaya nilainya terjamin.

Sekian terima kasih dan selamat melabur.

Cincin Belah Rotan 916

Categories
Marketing Pelaburan SEO

Marketing Plan Yang Ringkas

Assalamualaikum,

Marketing plan secara online ada 2, iaitu yang berbayar dan yang percuma. Boleh pilih yang mana sesuai mengikut skill masing-masing.

Bagi yang kurang skill, nasihat admin elok langgan sahaja perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh syarikat-syarikat pengiklanan seperti Google, Fb ads, pemilik blog, nuffnang dan yang lain-lainya. Untuk yang ada skill, banyak masa, kuat bekerja dan yang nak berjimat anda boleh  buat sendiri mengunakan segala skill yang ada.

Bagi yang memilih kaedah berbayar sila kaji sedalam-dalamnya sebelum terkena. Jika salah pilih, pelaburan untuk aktiviti pemasaran akan hangus begitu sahaja. Yang untungnya penyedia perkhidmatan tersebut.

Bagi yang ada skill anda boleh guna medium blog, affiliate, teknik dropshipping, email marketing, sms blaster, SEO, viral markerting ke sosial network dan banyak lagi. Semuanya perlukan skill tertentu. Pihak admin lebih gemar buat sendiri. Selain dari dapat ilmu dan skill baru  admin akan dapat kepuasan apabila projek itu berjaya. Cara sebegini sememangnya mengambil masa yang agak lama dan pelaburanya pun agak besar. Pada pendapat admin, elok pilih no 2 iaitu buat sendiri ( untuk jangka masa panjang ).

Sementara hendak mahir bab 2, elok guna pekhidmatan berbayar terlebih dahulu untuk support perniagaan buat sementara waktu dan disamping itu boleh juga belajar sesuatu dari skill berbayar.

Yang terkini, pihak admin sedang fokus kepada skill content marketing + SEO ( search engine optimization ). Target page pertama dan kedua di Google search engine. 60% sudah berjaya dan yang selebihnya kena tunggu Google penguin 3.0 algorithm update.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.