Categories
Aktiviti Hujung Minggu Homestay Marketing Perniagaan

Cara mudah iklan homestay

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ada banyak cara, salah satu darinya adalah mengguna pakai kemudahan blog pemasaran yang telah siap dipasang dengan sistem tempahan, mesra smartphone dan mesra enjin pencari.

Kemudahan yang disediakan seperti ini, pihak admin hanya buka untuk pengusaha homestay terhad untuk 10 slot sahaja. Contoh penampilan ringkasnya boleh lihat dibawah.

Jika bekemampuan, ada banyak masa dan bajet lebih sikit. Disarankan untuk persiapkan sistem tempahan yang sama seperti yang ditampilkan di bawah… tak pandai, boleh belajar dan malas untuk belajar.. boleh tumpang slot percuma yang ada dekat tapak jualan dibawah. Sangat mudah…

Kemudian, blog pemasaran tadi yang mana tugasnya untuk jadi hos kepada homestay itu perlu juga disambungkan ke beberapa rangkaian sosmed yang lain seperti Instagram, Facebook page, X, platfom Telegram dan beberapa lagi lokasi lain untuk menghasilkan trafik yang lebih lumayan ( trafik organik ). Bolehkah pengusaha homestay menggunakan perkhidmatan iklan berbayar?. Jawapanya adalah…….. boleh sangat-sangat, tetapi perlu dilihat kepada kesesuaian waktunya, acara dan keperluan. Pihak admin lebih gemar untuk menggunakan perkhidmatan SEO kerana cara tersebut percuma dan aktif sepanjang masa. Jimat kos dan ROI tinggi.

Di bawah adalah kemudahan terkini dan alat sederhana untuk membuat kerja-kerja iklan bagi homestay. Pengguna boleh mencari homestay dengan hanya menggunakan aplikasi bot Telegram.

Bagi pengguna Telegram, klik di sini untuk mencubanya – Demo Bot Iklan Homestay

Untuk meletakkan iklan homestay di bot iklan Telegram tesebut, masej admin bertugas di Telegram https://t.me/maketmakers

Lihat contoh sistem tempahan iklan homestay sederhana dan akan kelihatan seperti di bawah. Ringkas dan serba mudah. Jika punya keupayaan dan kecukupan dana, boleh juga buatkan satu sistem tempahan seperti di bawah… tetapi sistem tersebut sesuai untuk operasi homestay yang melibatkan ramai penyertaan… kerana ia lebih menguntungkan.

Homestay Jitra Kodiang, Kedah

Price range: RM 0.00 through RM 160.00

Selamat datang ke ruangan carian homestay tingkat sederhana kawasan Jitra Kodiang, Kedah Darul Aman.

Kemudahan homestay TERSEDIA untuk para pengunjung yang terpaksa bermalam di Jitra sehingga Kodiang. Kemudahan baguih dok adaa!..

Pilih yang mana sesuai….ikut bajet masing-masing. Sebarang pertanyaan, sila masej admin bertugas….

Kepada pemilik homestay!…  Berminat untuk iklan homestay guna template iklan homestay yang ringkas seperti ini, sila booking slot iklan di sini https://www.niaga24jam.com/64kh atau
masej admin  bertugas sekarang.

0 Tempahan Setakat Hari Ini

22413 Tontonan Setakat Hari Ini

SKU: N/A Categories: ,
Peta ke lokasi

Kenapa perlu iklan homestay secara online?…

Untuk mendapatkan kemudahan liputan dan hebahan yang lebih luas dan mudah dijangkau oleh pengguna. Sesunguhnya pengguna internet di Malaysia sudah mencecah hampir kepada 20 juta orang sewaktu posting ini dimuat naik. Lihatlah sendiri bertapa besarnya peluang yang ada itu ( siapa yang lambat dia akan tertinggal di belakang ). Bagaimana untuk masuk ke pasaran itu?…………perlu ada siri marketing yang berkonsep berpanjangan. Semua tugas-tugas tersebut adalah sebahagian daripada kerja-kerja pemasaran yang perlu dilakukan oleh setiap pengusaha homestay. Tiada kerja-kerja pemasaran, makanya tiada trafik yang akan sampai ke tapak jualan homestay. Tiada trafik masuk… maka tiada pengguna, tiada tempahan dan tiada juga hasilnya. Harap maklum.

Pertanyaan berkaitan sahaja, sila telagram En https://t.me/maketmakers atau tinggalkan komen dekat bawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Cara Kami Jual Barang Bundle Secara Online

Bismillah,

Kami jual secara harga bid melalui online. Kami buat laman web yang siap dipasang dengan sistem bid sendiri yang ringkas dan senang untuk diguna oleh bakal pembeli dan peminat barang bundle amnya. Lepas tu, kami p cari sendiri stok barang bundle terpilih yang cun-cun dekat mana-mana penjual barangan bundle yang ada di Seluruh Malaysia. Ciri-ciri barang bundle yang kami cari.. ciri-cirinya seperti yang terpampang dekat bawah….

Yang pertama, kami akan cari

  1. Barang bundle yang berjenama jika dapat peluang.
  2. Kualiti tip-top. Ini syarat paling penting.
  3. Harga kena murah dan ini memang duduk dilevel keperluan utama perlu diperhalusi.
  4. Lepas tu try jual secara harga bid dekat laman web yang telah sedia ada tu. Harga buka biasanya akan bermula dari tangga harga barang kami dapat dari penjual atau pembekal + untung sejemput. Mula dengan harga bid RM 1 tu…. kami tak buat style tu.. nampak macam lekeh sangat dan tidak termasuk dalam kamus style team kami berniaga. Team kami akan letak dan buka pada harga yang sewajarnya sahaja. Tidak perlu buat permainan harga ke peringkat yang tidak sepatutnya perlu dibuat. Peniaga lain nak buat, itu mereka punya hal…
  5. Lepas tu, kami ulang langkah 1 sampai langkah 4 dan ulang lagi dan ulang lagi sampai laaa team kami cemuih…

Cara ni kami dapat jimat di banyak tempat. Yang bestnya, stok barang bundle yang kami simpan semuanya ketegori tip top. Pasainya, semua barang tu kami pilih sendiri yang sah-sah ada potensi dan pakej beli harga guni supaya dapat sauk harga murah segala bagai tu pulak kami tak buat. Buat serabut simpan stok banyak-banyak dengan barang bundle yang kadang-kadang stok ntah apa-apa. Yang eloknya berapa kerat saja.. Alasan dari pembekal nak bagi sedap hati.. “padan laa dengan cara tu, hampa kan nak beli yang harga murah… itulah barangnya kata pembekal”.. puuiihhh.

Scammer tak boleh cari makan dekat sini..

Team kami juga, sediakan escrow supaya urusniaga yang kami buat tidak terlibat dengan aktiviti scam.. Pasainya, selain barang dari team kami… barang dari peniaga lain juga kami open untuk masuk harga bid. Dengan itu, Aktiviti scam tu dipastikan tidak dapat berlaku dekat sini… ada berann?..

Itu laaa cara kami.. hanya perlu laman web + lengkap sistem bid + sistem pemasaran dan sistem pemasaran ni penting supaya proses cari bakal pembeli akan jadi lebih mudah. Cara team kami buat ni tak perlu setup kedai offline bagai, semua tu makan modai pada pentafsiran team kami dan kesan dari buka kedai tu laaa nanti membuatkan harga barang bundle perlu di markup harganya lebih tinggi dari apa yang mampu dibeli oleh pengguna barang bundle dekat Malaysia… Bukan peminat tau.. peminat barang bundle ni dia ada kelasnya yang tersendiri….

Caranya kerjanya, ada dekat bawah.. simple sahaja.

Pertanyaan,  masej admin kami yang bertugas di Telegram https://t.me/maketmakers.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.