Categories
Research & Development SEO

Guna SEO Untuk Tujuan Cari Duit

Assalamualaikum dan salam hormat,

Teknik, platfom dan skill semuanya dah ada dan telah siap digunapakai pun tetapi hasilnya tak nampak batang hidung lagi niiiii. Emmmhhhhh, apa sudah jadi dan tang mana kurangnya?.

SEO ni organik punya hasil carian dan ianya begantung kepada apa yang pengguna cari. Kunci sebenarnya dekat mana?. Jika teknik, platfom dan skill dah cantik ( basic paling penting kena lulus dengan cemerlang ) tetapi belum ada hasil biasanya cuba cek dekat bahagian ini.

  1. Apa yang pengguna cari ( untuk dapat hasil dalam bentuk RM, kita kena cari apa yang mereka cari – perkara asas ). Sediakan pilihan ini untuk mereka.

Produknya pulak ada sifat-sifat dan syarat-syaratnya yang tertentu ( jadinya kena rajin explore dan buat R&D dekat bahagian ini ). Duduk page pertama, tetapi produk tak ada permintaan dan tak ada yang hendak mencarinya, tak guna juga dan itu yang membuatkan sale lambat masuk ( saluran tak kena ).

Tak mau reka dan taip karangan panjang-panjang ( buang masa ). Bab ini,  peratusanya untuk dapat sale boleh dikatakan hampir tiada dan belum tentu lagi ada pembaca yang nak cari kisah ini walaupun duduk dekat page pertama di dalam senarai google search ( bukan pertama kali berlaku, dah berpuluh-puluh kali ). Yang lain tu, sila p cari sendiri.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: Sila BANTU diri sendiri, sebelum orang lain datang MEMBANTU. Jika tidak………….. sila p mati.

 

Categories
Research & Development

Ulang Banyak Kali

Assalamualaikum dan salam hormat,

Teknik untuk bagi mudah ingat dan bagi mudah dapat idea baru adalah ulang banyak kali sampai jadi.

Contoh jika kita berhajat untuk menjadi jutawan, langkah pertama adalah:

  1. Buat satu note yang ada tulis ” aku ingin menjadi jutawan ” dan tampal atau pamerkan dimana-mana tempat yang boleh dilihat secara mudah dengan mata ( jangan buang selagi tidak menjadi jutawan……heeee…heeeeee ).

Teknik ini admin selalu guna bila time nak buat projek besar, payah dan tak tau cara macam mana nak buat atau guna bila nak ingat sesuatu benda yang baru. Bila buat benda ni, satu persatu idea atau jalan-jalan untuk admin sampai ke matlamat asal akan terkeluar. Bila idea terkeluar, ambik pen tulis atau catit siap-siap takut lupa..kalau boleh tulis dekat white board.  Sebabnya bukan semua idea ni boleh digunapakai dan kena tapis dulu. Untuk ingat benda baru, jika guna cara ini memang berkesan. Paling koman pun 1 bulan proses ingat mengingati ini akan berlaku secara santai sebelum dapat hasil.

Macam tu lah kisahnya……

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.