Categories
Marketing

Berapa Kos Marketing Depa?

Assalamualaikum dan salam hormat,

Semua kos marketing dan hasil yang pihak admin kutip ini dapat dari status FB usahawan muda Bangsa Melayu dan lagi berjiwa kental.

Alang-alang nak buat bisnes, elok ikut style mereka ni semua. Ada banyak lagi dan yang sempat dikutip 2 orang ini sahaja. Sila rujuk laporan dibawah:

  1. Pemilik butik online @norie signature – kos iklan 40 hari RM 24K, untung RM180k.
  2. Pemilik SSG – kos marketing YAKIN tahap tinggi RM 25K ( buat kenduri + sedekah duit raya ) untung RM 230K. Ini baru satu operasi dan belum masuk operasi yang lain-lain lagi. Beli Humvee bayar cash…ihhh…ihhhh…iihhhh.

Dua ni sahaja yang sempat admin kutip. Pengalaman admin pulak, 2 tahun iklan dekat FB dan kos yang telah dibelanjakan untuk iklan RM 3k ++. Jika nak dibandingkan dengan jagoan-jagoan ni semua…kelaut laa admin.

Siapa kata orang melayu tidak pandai berniaga?….dan tidak berjaya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Categories
Kewangan Pelaburan

Sedekah Dan Kesanya

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bila kewangan tidak menentu, jalan paling baik untuk membuka kembali pintu-pintu rezeki supaya mudah sampai kepada kita adalah sedekah.

Buka dompet duit, jika ada RM100 maka ambil dan sedekahkan kesemuanya sekali. Ada berani? kemudian tunggu sahaja ganjaran dari pemilik alam ini. Kadar keuntunganya sebiji tumbuh 7 tangkai, setiap tangkai ada 100 biji, ganjarannya 1 : 700 biji. ( ini menunjukan berlipat kali ganda keuntunganya ).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.