Categories
Aktiviti Hujung Minggu Sharing Is Good

Pasang Blog Sistem Kedai Online

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Salah satu cara yang paling mudah untuk memiliki blog yang lengkap dengan sistem kedai online adalah menggunakan platfom wordpress.

WordPress adalah CMS yang cukup terkenal dan sering digunakan sebagai platfom penting bagi kebanyakkan blogger untuk berbagai aktiviti online.Dengan mengunakan platfom wordpress banyak benda yang boleh dibuat termasuk memiliki sistem kedai online dan juga yang lain-lainya.

Untuk memiliki sistem kedai online yang dipasang pada platfom wordpress, tuan-tuan dan puan-puan hanya perlu pasang plugin sistem kedai online yang mana ianya boleh didapati secara percuma dan juga ada yang berbayar.Antaranya:

  1. WP e-Commerce
  2. eShop
  3. Simple WordPress Paypal Shopping Cart

Dan banyak lagi, contoh yang saya sediakan dekat atas tadi semuanya boleh didapati dengan percuma sahaja.Contoh laman blog yang telah siap di pasang masuk dengan sistem kedai online oleh pihak saya, tuan-tuan dan puan-puan boleh rujuk dekat sini: SILA KLIK DISINI

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Sharing Is Good

Cerita dalam blog yang ringkas dan padat

Assalamualaikum,

Ada atau tidak blogger yang suka taip cerita panjang-panjang? adaaaa…mana boleh tak adaaa.

Apa masaalahnya kalau nak taip cerita panjang-panjang? awat salah ka ? hajat dihati kalau boleh nak taip maklumat sampai habis..cadangnya nak buat macam tulis karangan masa dekat sekolah menengah dulu-dulu ni.Itu duluuuu… di sekolah tetapi sekarang ini di internet dan perkara tersebut tidak boleh dipraktikkan lagi.Kenapa pulak ?

Kerana masalah sekarang ini ramai pengguna internet tidak suka baca cerita yang panjang-panjang, berbunga-bunga, berkona-kona dan berkias-kias.Jadi lepas pada ni kalau nak taip cerita, taip lah yang ringkas,padat dan straight to the point.Kalau nak amalkan kaedah yang lama juga..buat lahh tak ada siapa yang nak larang..

Kenapa perlu buat macam tu? sebabnya tidak mahu pembaca  cabut lari atau cemuih dengan ayat kita.Jadi sebelum dia cabut lari lebih baik kita sampaikan terus masej kita kepada mereka.Jadi lepas pada tu kalau dia nak cabut p tang lain, itu terpulang kepada mereka dan yang penting depa baca masej kita.

Sekian terima kasih dan selamat berubah.