Categories
Bitcoin Cryptocurrency Open source Research & Development

Paling Sikit Keuntungan USD 10 Setiap Hari

Assalamualaikum dan salam hormat,

Itu anggaran pendapatan yang paling sedikit dan yang paling mudah untuk disedut setiap hari ( begitu juga dengan halnya rugi ). Hasil serupa itu jika berhajat untuk dinikmati, haruslah dikerjakan secara serius dan tempatnya hanya lah di market cryptocurrency exchange. Ingat tu harus dikerjakan secara serius…

Tempat ini memang sesuai….

Yang di atas tu adalah keuntungan yang pernah admin dapat pada peringkat permulaan ketika mula-mula melibatkan diri di dalam bidang ini sejak beberapa pekan yang lalu. Status terkini semasa posting ini dimuat naik, anggaran kasar pendapatan adalah sekitar USD25 ke USD50 +++++ setiap hari ( modal dah besar jadi income per days pun meningkat laa ). Cuba kali dengan 30 hari – 10% loss akibat bosan menunggu. Bakinya, adalah pendapatan yang bakal diperolehi untuk bulan tersebut. Jadinya, kepada rakyat Malaysia yang diluar sana dan yang masih lagi tercari-cari tempat yang paling sesuai dan yang sangat santai untuk menambah pendapatan secara online…………di situlah tempatnya. Yang menariknya, market cryptocurrency sememangnya hidup 24 jam setiap hari…………………jadinya, silakan paksa diri sendiri untuk cuba berdagang di market cryptocurrency exchange.

Angan-angan mat jenin…

Tahun 2017, peratus keuntungan yang admin dapat sudah pun menghampiri 700%…ada sebahagian trader diluar sana telah pun berjaya mendapat keuntungan lebih dari  apa yang admin dapat rasa……..emmmmm, dan untuk penghujung tahun 2018 ini, admin bajet jika dapat 1000% keuntungan dari modal yang sedia ini, itu sudah cukup baik dan di dalam dunia cryptocurrency hal itu tidak lah mustahil untuk dijejaki.

Ayuh! bertindak segera sebelum dihimpit sengsara oleh kesan kegawatan ekonomi.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Bitcoin Free Education Programs Open source Research & Development

Kenapa Perlu Invest Dalam Bitcoin

Assalamualaikum dan salam hormat,

Benda ini merupakan sebahagian daripada teknik survival dunia moden pada hari ini yang boleh digunakan supaya dapat terus bertahan dari masalah yang melibatkan hal financial. Biasa laaaaaaaaa, hari tidak selalunya cerah dan sebelum jadi gelap elok dibuat persiapan setakat mana yang termampu dan admin guna kaedah yang ada dekat bawah..

Lebih kurang macam ini..riba itu haram.

Sebelum ini admin guna emas sebagai alat kalis inflasi dan lindung nilai untuk mengatasi kelemahan duit kertas tetapi masalah emas ni pulak yang admin cukup tidak berkenan adalah tahap kecairanya yang rendah ( nak guna kena cari ar rahnu dan ada upah simpan pulak tu. Dok nampak macam nak ke arah sistem riba dah ni..hee..heee ). Tup-tup terdengar pulak adanya bitcoin sebagai aset lindung nilai terbaru, kalis inflasi, sesuai dijadikan alat pertukaran diperingkat local dan juga global, boleh dibuat alat pelaburan masa depan yang menguntungkan dan banyak lagi laaahhh kelebihan lainya dan bila admin bandingkan balik dengan emas yang admin pernah hold sebelum ini, emmmmmmm……memang bitcoin lagi mewah dan hebat fungsinya dari emas. Heeee…heeee, kalau dah jatuh cinta macam tu laa jadinya….kaaaaaannnnn????…. Emmmmm, apa lagi pindah terus laaaa mana-mana saki baki kekayaaan yang masih tersisa tu.

Masih belum terlewat…

Tetapi agak terlewat, semasa admin masuk harga bitcoin sekitar RM 5000 untuk 1 BTC ( bitcoin ) berbanding sekarang RM 25000 / 1 BTC ( waktu posting ini dimuat naik ). Heeee…heeeeee. Sempat juga laaa merasa habuan terpantas dari bitcoin. Cumanya transaksi jual beli sebagai alat pertukaran, itu admin belum dapat merasa lagi disebabkan bitcoin tidak begitu mesra dengan keadaaan tersebut buat masa ini ( kena tunggu lama untuk pengesahan dan tidak begitu sesuai untuk aktiviti micropayment ). Mungkin selepas tool lightning network yang tengah diuji pandu ini siap sepenuhnya, baru rancak rasanya urusan tersebut. Jadinya, kena tunggu laaaaa dan apa bulih buat kan.

Jangan dok buat-buat pandai kalau tak tau…

Bagi yang masih mencari alat lindung nilai terbaik selain daripada emas, boleh try bitcoin dan admin sarankan sangat-sangat untuk alihkan sebahagian dari kekayaan yang masih tersisa ke akaun bitcoin…memang best dan mantap hasilnya. Cerita dia, jika tak tau kena tanya dan jangan dok buat-buat pandai…..harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Categories
Marketing Open source Research & Development

Group Bisnes Untuk Orang Kodiang, Jitra Dan Changlun

Assalamualaikum dan salam hormat,

Di jemput dengan segala hormatnya orang Kodiang, Changlun, Padang Sera, Jitra dan Alor Setar dan kawasan sekitar denganya ramai-ramai join group telegram yang dibuat khusus untuk bincang bab bisnes dan juga pengiklanan. Group ini admin buat lebih kurang 8 bulan yang lalu dan penggunanya pun dah ramai. Apa yang menariknya tentang group ini adalah…….

Apa yang bestnya?…..

Free, guna smartphone, laju, boleh iklan apa saja produk kecuali yang terlarang, dapat terima dan berkongsi ilmu bisnes secara free, online 24 jam dan banyak lagi. Yang sangat menariknya space dalam phone tak kacau langsung dan iklan akan kekal dalam group selagi ianya tidak dipadam oleh tuan punya iklan. Nak guna paltfom ini, yang pertamanya kena install aplikasi telegram dan internet kena aktif….

Mai join bagi qramai….

Harap orang Kedah dan Perlis dapat bagi sokongan penuh kepada group ini dan buat masa ini sokongan dari orang negeri Kedah dan Perlis tak berapa nak kencang sangat, mungkin depa tak tau lagi rasanya…….admin ( tak dapat komisen ) buat benda ini untuk bantu mempermudahkan lagi urusan perniagaan terutamanya bab pemasaran dan bincang sikit-sikit bab bisnes ( buat masa ini iklan terlebih dari perbincangan ) dan bagi yang berminat sila klik link dekat bawah untuk join group yang admin katakan tu.

Link: https://t.me/niaga24jam

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Penampakkanya lebih kurang macam ini…

Categories
Bitcoin Research & Development

Beli Bitcoin Dan Gunakanya Untuk Sedut Seberapa Banyak Income Selagi Terdaya

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika setakat beli dan simpan, kemudian beli dan simpan lagi lepas tu tunggu pulak 10 tahun untuk dapat untung. Apa kes saranan pelaburan yang semacam itu. Try cara ini pulak….

Dari sini ianya bermula

Ini hasil dari R&D yang dibuat sendiri oleh pihak admin. Keuntungan biasanya akan diperolehi dalam bentuk nilai bitcoin, USD dan juga dalam apa-apa juga nilai matawang yang diminati ( kena tukar dulu naaa ). Emmmm main sources nya adalah nilai bitcoin. Cara kerjanya sangat mudah iaitu, dapatkan stok bitcoin dari local trader, kemudian simpan dan bagi dia rehat seketika dalam private wallet 2 atau 3 minit lebih kurang macam tu sebelum kita kerah dia cukup-cukup untuk buat kerja untuk kita nanti secara 24 jam ( kena ada wallet khusus ). Simpan saja tak guna walaupun ada jaminan ada kenaikkan harga dan benda ini jika ikut pemahaman hasil dari R&D, bitcoin ni boleh beranak pinak dengan begitu mudah jika dapat dikerah secara all out ( untuk monthly income punya projek ). Biasanya untuk bagi bitcoin beranak pinak boleh saja mining guna mesin mining sendiri yang super power atau mining rig yang disokong oleh cip pemprosessan cpu dan gpu ( mining kalau silap adjust, boleh makan rugi dan jangan terpengaruh dengan ajen dan penjual mesin mining yang tak ada latar belakang bitcoin teknikal yang baik ). Lagi satu kaedah adalah mengunapakai kemudahan exchange platfom ( cari yang aktif ). Untuk sesi R&D pada kali ini admin guna kedua-duanya sekali iaitu mining mesin sendiri + exchange. Emmmmmmmmmmmmm, admin lebih cenderong dengan kaedah exchange ( bajet tak banyak dan cara kerja simple ) dan mining sekadar dijadikan alat sokongan tambahan untuk mengisi kekosongan ruangan dan power yang telah sedia ada pada mesin trading yang sedang berjalan dan hanya tinggal untuk diambil manfaatnya sahaja ( sesiapa sahaja boleh buat cara ini ).  Emmmmmmm sewa hashing rate pun admin pernah buat tau ( cara ini banyak hal dangan supplier dan pool company ). Jangan try cara sewa hashing rate ini jika berhasrat untuk mining sebabnya untung boleh jadi tak ada ( dah test ). Jika berhajat untuk mining, boleh saja layan mining rig yang kita buat sendiri iaitu guna stok CPU/GPU yang kita boleh dapat dari local market pun okay dah….Sorry bro untuk mining bitcoin, kadar kepayahan untuk mining dan jumpa block baru semakin hari semakin sukar tetapi untuk market Malaysia masih boleh bertahan atas beberapa faktor lain yang menyokong ( sila cari sendiri ).

c-cex

Kenapa admin lebih fokus kepada exchange?

Cara kerjanya sangat mudah tetapi kena ada basic trading serba sedikit supaya ianya jadi lebih mudah. Bajet tak besar dan trade berjalan secara 24 jam. Untuk jadikan exchange sebagai tempat menghasilkan pendapatan secara bulanan, adjusting bajet yang diperlukan untuk trade adalah sangat penting. Emmmmmm BTC 0.01 rasanya tak cukup dan paling kurang kena standby BTC 0.1 atau BTC 0.5 macam tu baru sedapa sikit untuk trading ( BTC 1 lagi baik ). Untuk sesi R&D, admin guna BTC 0.01 ( tambah kekuatan ) dengan kemampuan 3 ke 6 trade sehari. Emmmm, apa yang admin dapati 11 dari open trade yang melibatkan operasi selama 24 jam menunggu  kesemuanya mencatatkan keuntungan mengikut saiz masing-masing ( kena tengok keadaan market ). Risiko kerugian kekal dekat sini boleh dikatakan hampir  tiada kerana sifat market itu sendiri yang sangat aktif kecuali trader yang lembab dan terlalu tamak dengan skill ntah apa-apa. Kadar minima paling cepat untuk dapat untung dari kenaikan setiap harga adalah di antara 0.1% ke 5%, sebaliknya pulak apa yang akan berlaku adalah market akan membuat pembetulan harga baru mengikut kadar retracements yang sedia ada ( ntah apa-apa ayat laaa aku guna ni ). Cuba-cuba la paham dan kalau tak faham buat tak tau sudah laaaa. Kaedah beli pada masa harga diskaun dan jual pada harga sihat dari peratus kenaikkan yang disarankan dekat atas tadi adalah disarankan dan admin praktikkan cara tersebut. Beli dan hold sepanjang zaman adalah sikap dan cara trading yang sangat membosankan di lokasi yang aktif……heeee…heeeeeeeeee dan admin tak mau laaaaaaaaaaa geng dengan trader yang suka mempraktikan cara bosan ini dan harap maklum.

Banyak mana boleh dapat?

Dari cakaran kasar atas kertas yang tak berapa nak cerah dah ni, paling busuk untuk aktif trader dekat exchange dan mining tegaq dapat adalah sekitar RM 10K++ sebulan ( modal 1 bitcoin / RM 5300 ++ ) . Untuk trader B 0.001, RM 100 sebulan dapat kot….heeee…….heeeeee . Jika tak dapat terus istiqomah dan terus buat sampai dapat. Buat sendiri naaa…ini semua klu belaka.

Sebelum dibenci, kena berambus cepat-cepat

Emmmmm, kena sambung karangan ini dilain kali dan waktu taip karangan ini admin masih hold 2 open trade yang telah di setting secara auto close on profit when trigger happen ( 1 dah untung tetapi admin tamak sikit kali ini dan tak mau take profit lagi dan yang satu lagi masih tersangkut dengan trend menurun ). Emmm……. betul ka ayat tu?. Hantam saja laaaa…..

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

P/s: Didapati cara diatas sesuai untuk rakyat Malaysia yang terbeban dengan GST dan yang suka mengharapkan BRIM……Untuk pemilik hutang PTPTN apa kata buka hati dan minda, cuba buat trade ikut suka hati dan mana tau ada sinar dihujung nyawa…….buat sendiri.