Categories
Aktiviti Hujung Minggu Trending

Intro tempat menarik di Kedah

Time cuti tu mai laa jalan-jalan ke negeri Kedah. Tempat mana nak p bercuti, tengok intro dan pasai makan tok sah grisau.. murah baq hang.

Bismillahi,

Dia mai pulak dahhhh. Ini intro tempat menarik yang ada dikedah. Baru sikit saja ni dan Kedah ni tempat untuk bercuti dan rehat minda akai pikiran dari kelelahan serabut hidup ni berlaambak. Time cuti tu mai laa bawa keluarga jalan-jalan ke negeri Kedah. Tempat mana nak p bercuti, tengok intro dekat bawah.

Makan tok sah qrisau, murah-murah saja. Yang mahai pun ada, tetapi dah ada tempat murah dan sedap pasai apa nak p tempat mahai pulak dah….. Jika kena musim buah, silap haribulan orang Kedah yang ada dusun depa bagi free saja kalau setakat nak makan… orang Kedah ni bukan style kedekut dan kami tak berkira kalau bab makan buah pokok kayu kayan ni. Had berkira pait tu, bukan asai orang Kedah laaa tuuu.

Lepas ni admin akan up tempat sejarah ketamadunan Kerajaan Melayu Islam yang bersepah di negeri Kedah pulak… Admin akan tunjuk makam Maharaja Melayu yang dibunuh tentera thai tahun 1821.

Sekian terima kasih dan selamat bercuti sambil belajar.

Tempat menarik di Kedah

Ada sungai, tempat tinggi hamparan awan kabus waktu pagi yang indah, hamparan menghijau sawah padi sejauh mata memandang, ada air terjun bertingkat-tingkat dan ada pantai dan banyak lagi. Paling best Langkawi tetapi Gunung Jerai pun best..

Kedah ada 2 empangan yang boleh dikunjungi. Kalau nak tengok matahari terbit dan terbenam di Kodiang tempat dia dan memang best sebab boleh tengok dari tempat tinggi Bukit Mokcun… sempoi baq haaannnggggg…

Ladang ketum pun kami ada di Kedah… 😀 😆

Waktu cuti mai laaa ke Kedah. Makan di Kedah ni murah dan tempat menarik memang tersangat banyak.

 

Iklan Masyarakat Kedah

Category:

Tonton Video

Tempat tinggi.. Gunung Jerai, Bukit Mokcun, Gunung Baling, Gunung Keriang, Langkawi
Aktiviti sukan air, memancing… Tasik Beris, Tasik Pedu
Air Terjun dan sungai… Bukit Wang, Bukit Hijau, Lata Bayu, Air Terjun Bukit Perak, Lata Mengkuang, Sungai Sedim
Aktiviti hiking, lihat pemandangan rumput hijau seluas mata memandang, lihat awan pagi… Bukit Mokcun Kodiang, Bukit Telipong Changlun, Gunung Keriang, Gunung Baling, Gunung Jerai
Pantai & Pulau indah Langkawi, Pulau Songsong, Pulau Teloq, Pulau Sayak
Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *