Categories
Mind Hacking Research & Development Trending

Jika hidup ini keras kita kasi lembut

Set spark dari admin boleh kasi lembut hidup yang keras.. nak cuba?..

Bismillahi,

Jadi keras sebab apa dan bagaimana mau kasi lembut sama dia?. Adakah dikeranakan kos sara hidup? atau banyaknya gangguan makhluk halus?. Yang mana satu paling keras mengacau hidup ini? atau ada asbab lain-lainnya yang lagi bagus menyebabkan hidup akan jadi lagi keras?.

Yang admin jumpa dan sempat terbaca RINTIHANNYA adalah yang bersangkutan dengan kos sara hidup dan menekan kehidupan ini menjadi keras untuk dipertahankan. Terpaksa dikendurkan dan dikorbankan pelbagai hal dan digandakan juga pelbagai hal diluar kemampuan agar dapat meneruskan hidup seharian. Akan lagi keras dibuatnya bagi yang mempunyai banyak sangat masalahnya… Terutamanya yang terjerat dengan hutang, hilang sumber pendapatan, tidak cukup pendapatan, mengalami masalah kesihatan teruk yang perlu kepada kos perubatan yang besar, mempunyai tanggungan yang ramai dan pelbagai hal lagi yang lebih keras yang ada diluar sana. Hidup ini keras geng…

Hidup ini keras terlahir dari isi lubuk hati yang dalam ketika masalah sedia ada tidak berjaya diselesaikan dan ditambah pulak dengan pelbagai masalah baru berikutnya…. maka hati pun merintih meminta bantuan mengenangkan akan nasib yang menimpa diri sehingga terzahir akan kata-kata HIDUP INI KEERRAAASSSSS…………….. Apabila ramai yang menzahirkan kata-kata tersebut maka faham lah akan kita bahawa masyarakat sedang berhadapan dengan masalah yang sangat besar dan rumit. Selaku pemimpin, kerajaan kepada Masyarakat yang ramai….. perlu untuk lebih cakna dengan amaran yang terbit ini dan perlu diambil tindakkan segera untuk melembutkanya sebelum masalah keras tersebut menjadi beban terbesar buat kesihatan Negara ( itu isyarat menunjukkan pemerintah yang bertanggungjawab sedang lembik dan lembab ). Haraaapppp maaakkklooonggg.

Hidup keras ini akan menekan masyarakat apabila masyarakat tidak lagi memilih untuk bersatu padu tolong menolong antara satu sama lain dan saling pilih untuk mementingkan diri sendiri. Itulah senjata utama makhluk kerdil yang bernama KERAS, ianya tidak kelihatan oleh mata kasar tetapi dapat dirasai keberadaanya dan akan melahap masyarakat yang dalamnya tiada aktiviti di atas dan di bawah. Solusinya apa?. kasi lembut sama dia..

Solusinya adalah saling bantu membantu antara satu sama lain dalam arti kata membuat gerak kerja bersatu hati dalam kumpulan yang besar. Membantu dalam membuat PERCIKKAN ( spark ) memberi MOTIVASI adalah bagus TETAPI perkakas sokongan perlu dipersiapkan bersama-samanya. Barulah, masalah dapat diatasi dengan lebih baik. Motivasi semata-mata ibarat percikkan api tanpa bahan untuk dibakar hangus. Kesudahnya, akan jadi usaha yang sia-sia. Heeee…heeeeee.

Biasanya manusia yang dimangsakan oleh desakkan HIDUP INI KERAS, penampilannya kelihatan tidak stabil dan tidak kelihatan sangat akan keceriaan diriak wajahnya. Jika ada pun, itu hanyalah lakonan palsu untuk menyembunyikan situasi sebenar. Banyak mendiamkan diri adalah salah satu tanda darinya.. Sekali lagi admin ulang, solusinya adalah kena saling bantu membantu dan tolong menolong antara satu sama lain. Membantu mengikut keperluan semasa dan keadaan adalah perlu ketika krisis hidup ini keras sedang berlaku.

Setelah dibantu, tidak perlu laa jadi ibarat seperti melepas ANJING tersepit.

Langkah mudah diperingkat mula mangsa kepada keadaan HIDUP INI KERAS adalah cari dan duduk dalam kumpulan yang bekerja dengan motif utamanya adalah saling bantu membantu antara satu sama lain. Jika tiada kumpulan seperti itu.. ciptakan agar ianya diadakan. Realitinya YANG SERING TERJADI adalah agak sukar untuk mendapatkan bantuan tahap keras dari orang yang tidak sehaluan seperti berkongsi peluang, idea, sumber, spark dan sebagainya jika tidak disaluran yang sepatutnya. Perkara ini terkait hubungannya dengan KEPERCAYAAN. Tetapi jika sekadar mencari spark MOTIVASI, ianya boleh didapati dengan mudah dan bersepah di saloran SOSMED terkenal seperti tiktok, fb, X, Telegram, whatsapp dan Youtube. Seperti yang diceritakan sebelum ini peringkat spark yang dicari adalah datang bersamanya akan bahan untuk dibakar hangusssssssss.

Karangan ini telah terlebih panjang. Sambung len kali naaaaa.

Set spark dari admin didatangkan bersama denganya perkakas untuk buat kerja-kerja pemasaran + menjana pendapatan. Maklumat yang sedikit sekali boleh lihat di https://t.me/lokalmaket.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *