Categories
Cryptocurrency Research & Development Web & Blog Activity

Pengalaman bayar sewa cloud server guna DOGE ke Vultr

Cuba laaaaa…

Bismillah,

Paypal ada masalah pulak, jadinya  admin cuba bayar sewa server  guna matawang digital Doge. Ini hanya sesi percubaan…

Ini haaaa proses-prosesnya…

  1. Buat pengeluaran dari MEXC ke wallet Coinomi – Doge 209.95 Upah transaksi MEXC caj Doge 20 ( mahal dan hampir $1.10 ). Doge ni semua hasil dari untung urusniaga singkat yang dibuat dekat platfom MEXC.
  2. Lebih kurang 5 minit, Wallet Coinomi sudah terima Doge 189.95.
  3. Buat pembayaran ke Vultr dari Coinomi. DOGE 189 ( $10 ) dan caj upah transaksi Doge 1 ( tak sampai 1 sen ). Jadinya, Coinomi lebih jimat caj upahnya…
  4. 120 minit berikutnya pembayaran disahkan telah diterima 100% oleh Vultr. Pengesahan pembayaran yang telah dibuat, akan keluar notis awalnya selepas 30 saat yang diuruskan oleh pihak Bitpay.

Macam itu laa kisahnya….bagi yang tak ada visa kad debit/kredit dan nak jimat kos perpindahan wang atau ingin membuat pembayaran untuk pelbagai perkhidmatan bagi peringkat Global….boleh cuba cara di atas. Syaratnya, perkhidmatan tersebut MESTILAH ada menerima pilihan pembayaran menggunakan matawang digital…contoh diatas adalah salah satu darinya….dannnnn perlu secara terus dari wallet seperti contoh Coinomi dan bukan dari wallet platfom exchange seperti MEXC tadi. Waktu ringgit tengah susut nilai teruk dan guna cara ini memang mantaappp..dan padduuuuu aaaaaaa…

Paling PENTING!, jangan salah alamat..jadi yang ini kalu…hangus dan tidak ada jaminan boleh dapat balik…

Ini buktinya…30 saat Bitpay hantar ke alamat email…masa sudah terima 100% Bitpay ni buat deeeekkkkkkk ja..proses tersebut tak penting rasanya….heee…heeeee.

Untuk buka akaun trading dan belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *