Bismillahi,
Dekat bawah tu adalah template yang sering digunakan oleh pasukan kami untuk menjalankan kerja-kerja iklan dan hebahan. Ada banyak cara lain lagi tetapi pasukan kami lebih suka akan format seperti yang tertera di bawah kerana bersifat lebih santai.
Template pemasaran tersebut dibuat untuk pelbagai jenis urusan perniagaan dan perkhidmatan tetapi tidak untuk produk fizikal. Habag awai-awai supaya tidak tersalah pilih bahan atau salah masuk kotak. Untuk produk fizikal, tempat iklan yang paling rancak adalah Shopee dan Tiktok… Jika bahan yang berkaitan perkhidmatan atau bukan bersifat fizikal yang tidak sesuai untuk 2 pelantar tadi, makanya sangat sesuai laaa untuk cuba template pemasaran ini. Trafik organik ini kadar tindak balasnya agak perlahan kerana sumbernya datang dari niat pengguna yang masuk mencari bahan-bahan yang diperlukan melalalui katakunci-katakunci tertentu… Dikeranakan hal itu, cara ini tidak sesuai untuk bahan-bahan yang sering meminta akan aliran trafik tinggi dan bersifat mendesak.
Template pemasaran ini untuk bahan-bahan yang tidak bersifat mendesak tetapi mempunyai nilai permintaan dan potensi SANGAT tinggi dipasaran yang dikesan mengikut tradisi sandaran semasa… Perkhidmatan seperti ini sering memberi keuntungan yang besar kepada pemiliknya dan trafiknya pulak bersifat kadang-kadang ada. Sekali dapat, akan kenyang untuk berbulan-bulan lamanya. Jika ada ciri-ciri tersebut, maka template pemasaran ini memang sesuai untuk digunakan dan contohnya adalah seperti yang terdapat di bawah…
- Template ini dibuat khas untuk tarik TRAFIK organik dari internet ke tapak jualan masing-masing atau terus ke pengusaha.
- Siap disuntik masuk kemudahan SEO. Ini adalah kemudahan mudah lihat dan mudah jumpa di dalam senarai enjin pencari seperti di Google.
- Bernadikan enjin pos automatik ke beberapa rangkaian sosmed terpilih. Jadinya, selain SEO…. iklan ini akan berkeliaran di dalam internet secara automatik menggunakan bantuan dari bot AI. Kerjanya buat pos secara automatik kebeberapa lokasi sosmed terpilih mengikut apa yang telah ditetapkan.
- Dannn banyak lagi.
Tukang Jahit Kasut Kodiang, Padang Sera, Jitra, Changlun, Arau.
RM 0.00
Kutipan kasut dan penghantaran disediakan. Anda hanya perlu tunggu di rumah.
Kawasan jangkauan:
- Kodiang
- Changlun
- Arau
- Padang Sera
- Tunjang
- Jitra
Lain-lain kawasan, kena mai hantar sendiri ke premis kami di Kodiang. Jangan lupa untuk pilih tarikh ikut slot yang masih ada.
Selamat berurusniaga.
Pertanyaan, sila whatsapp / telegram ke +60 134700840
Peta ke lokasi…
0 SUCCESSFUL ORDERS
5144 viewed until today
Template pemasaran ini, pasukan kami sudah mencubanya sejak bebarapa tahun yang lalu dan antaranya yang masih aktif menyumbang hasil adalah……
- Perkhidmatan bengkel pertukangan kerja besi. Dalam tempoh setahun berjaya mendapat tempahan sekitar 5 ke 10 tempahan. Setiap tempahan nilainya sekitar RM1k ke RM20k+. Lumayankan…
- Perkhidmatan homestay. Tempahan selepas peristiwa kovid19 yang diterima kurang memberangkan. Alasannya tidak diketahui.. Heee..heeee. Senarai SEO cantik tetapi jumlah trafik yang masuk sedikit. Mungkin disebabkan pengguna lebih memilih untuk berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan masing-masing… Sebelum-sebelumnya, permintaan sangat cantik dan trafik yang masuk juga cantik terutamanya ketika musim cuti dan kenduri kahwin hujung tahun.
- Tukang jahit kasut untuk kawasan Jitra. Operasi hanya dibuat di rumah dan tempahan yang diterima sangat mengalakkan dan trafik yang masuk adalah sederhana tetapi setiap trafik yang masuk semuanya sangat berkualiti. SEO cantik, muka depan sekali senarai no 1 dari berpuluh ribu senarai..
- Yang terkini bulan Jun/2024. Iklan jual tanah komersial gred A makan nilai juta. Trafik cantik, SEO cantik dan yang ini template pemasaran makan kenyang anak cucu cicit. Sasaran pembeli kaya…
Kelemahannya…
- Kelemahanya, slot terhad. Hanya 10 slot sahaja yang dibuka.
Kelebihannya…
- Tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan hal berkaitan laman web dan proses-proses teknikalnya. Usahawan mempunyai banyak ruang dan masa untuk mengatur stratergi peningkatan jualan ke peringkat seterusnya.
- Dapat jimat kos itu sudah pasti..
- Dan banyak lagi…
Kepada yang berminat untk mencuba template pemasaran ini, boleh masej terus ke admin bertugas di Telegram https://t.me/maketmakers atau email ke niaga24jam@gmail.com
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.