Categories
Research & Development

Ternyata iklan format video singkat lebih cepat dan mudah untuk tarik perhatian pengguna internet

Layan video singkat sebagai alat untuk iklan dan kempen….https://is.gd/yIIUTr

Bismillah,

Ternyata iklan format video durasi 15 saat sehingga 25 saat ( yang admin suka ) ini lebih kuat potensinya untuk menarik perhatian pengguna di internet berbanding yang lain-lainnya. Uji cuba ini pihak admin jalankan di dua lokasi berbeza iaitu di aplikasi Whatsapp status dan Telegram Channel. Hasil dapatan ringkasnya ada di bawah….

Hampir 40% ke 60% subscriber dan rakan terdekat yang ada di dalam senarai aktif akan cuba meluangkan masa untuk melihat masej dalam format video tersebut paling kurang 15 saat buat pertama kalinya dan tempoh uji cuba ini hanya berdurasi 24 jam sahaja. Keberkesanan cara ini bergantung kuat kepada jumlah penampilan yang berjaya ditonjolkan dan bersamaan juga dengan jumlah masej yang telah berjaya sampai ke lokasi yang ditetapkan dengan tanpa ada sebarang halangan dalam tempoh tersebut. Tiga hal ini perlu ada untuk mendapat hasil yang mantap seperti yang tercatat di atas tadi. Selain dari itu, kadar aktif pengguna dilokasi masej itu mendarat juga memainkan peranan penting. Setakat ini, hasil yang diterima hanya berdasarkan pada sukatan tempoh 24 jam dan faham admin adalah lagi banyak pengguna dalam kolam masing-masing dan disokong pulak tempoh masa iklan atau masej format video itu dapat aktif dalam tempoh masa yang lebih lama, maka lagi banyak jumlah tontonan yang akan berjaya dikutip…ada ketikanya, pemilik akaun tidak aktif…maka masa video aktif yang lebih lama diperlukan.

Boleh dikatakan Youtube, Insta, Telegram, Whatsap, Tiktok, Twitter ada menyediakan kemudahan untuk hosting video format singkat durasi bawah 1 minit ini. Tempat-tempat ini semua kita perlu ada kolam sendiri jika berhajat iklan dalam format video ini betul-betul mendatangkan kesan….dan itu keperluan utamanya berbanding mencari penampilan organik yang disediakan oleh pentas-pentas yang ada tadi secara asas.  Nak lebih mantap lagi hasilnya, kena laaaaa……layan pakej berbayar yang mereka sediakan tetapi kita kena ingat….kita akan bayar ikut jumlah tontonan berdasarkan penampilan atau jumlah klik dan bukan berdasarkan jumlah jualan yang berjaya kita kutip….perlu tahu kisah sedih ini….sepanjang tempoh uji cuba ini, admin tidak dapat sebarang jualan dan pertanyaan untuk tempoh 24 jam tersebut…heeee..heee. Hanya dapat jumlah tontonannya sahaja…oleh itu jika bajet ciput…..elok layan teknik percuma terlebih dahulu…formulanya adalah jumlah penampilan iklan dan kempen perlu ditambah mungkin sehingga keperingkat 100 ribu : 1..pergghhhh masakkk….terus ke cerita merapu yang berikutnya…

Jika proses itu berlaku maka perannn iklan format video ini dikira sebagai berjaya dan jika dari aktiviti tersebut dapat melahirkan jualan  dan sebagainya lagi darinya maka cara ini dianggap berkesan….jika berkesan, makanya….kena try dan buat sampai jadi laaaaa…itu kisahnya.

Antara punca utama cara ini mendapat lebih perhatian dari sisi pemahaman admin adalah

  1. Video singkat durasi 15 saat ke 25 saat ini auto play.
  2. Dannn mungkin disebabkan melihat dan mendengar adalah tabiat yang sudah sebati dengan jiwa manusia yang ramai. Sejak dari kecil lagi telah diatih menonton tv…..dari tv versi kotak kayu sehingga tv format terkini nipis sekeping sehingga yang lagi terkini iaitu sebesar tapak tangan…..maka inilah sebab yang paling kuat rasanya iklan format video ini berguna..heee…heeee.

Kajian masih berjalan, nanti admin sambung lagi kisahnya…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Video Uji Cuba

See case study ?

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *