Categories
Urusniaga Pasaran Hadapan

Port High Risk Terbaik Untuk Tambah Income

Assalamualaikum dan salam hormat,

Lokasi high risk untuk tambah pendapatan / income. Tidak sesuai untuk manusia lemah, yang tidak kuat semangat dan yang terlebih motivasi.

Satu mata RM 25, cuba anda bayangkan dalam sebulan boleh dapat untung 150 ke 200 mata. Dianggarkan purata pendapatan untuk 1 lot boleh mencecah sehingga RM3000 ++ sebulan ( lebih dari ini pun boleh ). Itu baru satu lot, jika 10 lot mau RM 30k juga dalam sebulan ( banyak tu ). Kalau nak rugi pun lebih kurang sama macam tu laa juga ( rugi banyak disebabkan tidak ada ilmu yang cukup ). Perniagaan apakah ini?.

Ini urusniaga pasaran hadapan ( FCPO ). Salah satu produk yang ada di Bursa Malaysia. Sangat tinggi risikonya, boleh rugi dan untung pada bila-bila masa. Jika ada duit lebih, boleh cuba nasib untuk berurusniaga dekat sini. Pihak admin dalam rangka persiapan untuk masuk berurusniaga di sini ( sudah lama tidak beraksi, rindu laaa pulak ).

Berapa modal permulaan yang diperlukan?

Untuk permulaan, modal yang agak selesa RM 10k ( lagi banyak lagi laa baik ).

Jika berminat sila dapatkan info berkenaan FCPO ini di laman web Bursa Malaysia. Dekat sini hanya fokus kepada cara masuk dan keluar market dengan bergaya sahaja dan bab basic urusniaga tidak terlibat. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila berhubung dengan pihak admin yang bertugas.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Perniagaan Tukang Jahit Baju

Baju Kurung Moden Untuk Tempahan Sahaja

Assalamualaikum dan salam hormat,

Perkhidmatan ini dimuat naik untuk kemudahan pengguna online terutamanya peminat tegaq yang berminat untuk membuat tempahan baju kurung biasa dan moden.

Semua tempahan boleh dibuat secara online. Perkhidmatan ini dikendalikan sendiri oleh tukang jahit yang berpengalaman hampir 3 tahun dalam bidang jahitan. Telah diperakui sendiri oleh pihak admin bahawa hasil kerjanya memang berkualiti, kemas, sedap pakai dan harga perkhidmatanya sangat berpatutan.

Kos upah jahitan:

  1. Baju kurung pesak RM 30
  2. Baju kurung moden RM 35 hingga RM45
  3. Baju kurung Pahang RM 35
  4. Jubah biasa dan lain-lain jubah, harga bermula dari RM 30 sehingga RM 45 ( tidak termasuk harga aksesori tambahan )
  5. Untuk lain-lain tempahan sila berhubung dengan pihak admin yang bertugas.

Jaminan

Setiap tempahan dijamin sedap pakai dan mengikut kehendak dan citarasa pelanggan ( semasa membuat tempahan ).

Sebarang tempahan dan pertanyaan yang berkaitan sila kemukakan kepada pihak admin yang bertugas. Sila whatsapp / wechat / telegram / call di talian 011 3222 9401 dan harap maklum.

Sekian terima kasih selamat mencuba.