Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

BERNIAGA BEG BUNDLE ORIGINAL

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini kisah berdasarkan pengalaman…untuk rujukan yang lain juga. Admin suka test market… hee..hee.

Buah mula kena cari pembekal beg bundle terlebih dahulu. Jika di dalam Malaysia, Emmmmm……sebelah Utara dan Pantai Timur biasanya ramai supplier beg bundle tetapi sekarang ini di KL pun sudah banyak stok bundle mendarat. Kenapa cari supplier dari Utara dan Pantai Timur?……….kerana mereka berada dekat dengan lokasi supplier berhimpun, terutamanya dari negara jiran iaitu Thailand atau Cambodia. Jika dapat direct Japan lagi baik…bab ini kena cari orang Malaysia yang tinggal dekat Japan….stok lagi mantap. Stok dari Japan ni, problem bab kos penghantaran. Emmm, stok barang pulak memang tip top aaaa.

Timbang kilo dan buka guni…

Ada yang suka ambil stok dari pakej buka guni dan timbang kilo ( sebab murah ). Timbang kilo dan buka guni kena cari port beg ini mula-mula mendarat…..baru ada mari. Emmm, admin pun tak tahu dekat mana lokasinya ( cari dekat pembekal barang import export ). Ada yang suka ambil stok yang sudah dipilih dan di Malaysia stok semacam ini memang senang jumpa ( barang elok, cantik, berkualiti tetapi harga agak keras ). Emmm……..untuk aktiviti bisnes, admin cadangkan elok ambil stok yang sudah terpilih supaya mudah untuk dijual semula dipasaran. Nantinya akan jadi mudah dan tak payah pening-pening sebab barang semuanya sudah dijamin kualitinya. Pakej bale dan timbang kilo admin tak supply…jangan tanya admin lagi naaaa… Admin tak tauuu naaa.

Contoh, jika order dari admin..

Harga memang agak keras, kondisi setiap beg 70% ke 90% kualitinya ( maknanya beg ni elok ). Beg sudah siap dipolish bagi lawa dan semua beg admin  jual ikut harga borong. Kenapa?….supaya margin untung untuk admin dapat dikurangkan ( beli banyak untung sikit pun jadi laa ) dan lebihannya yang masih banyak itu admin tinggalkan untuk dijadikan habuan yang lumayan buat peniaga terakhir supaya dapat kaut untung sebanyak-banyaknya ( semangat mau ada ). Beg bundle original lagi branded ini, jika nak cari yang harga murah serupa baru punggah dari guni dan yang belum tahu lagi statusnya memang susah nak dapat. Sebab tu nak berniaga beg bundle kulit, branded, terpilih dan original ni kena siapkan modal yang agak besar ( standby ) takut-takut stok yang sampai kena yang mahal. Lokasi untuk display semua beg bundle pun kena tau juga, kena cari lokasi yang paling sesuai dengan keadaan stok ( barang boleh buat duit tak boleh dijual disembarangan tempat ). Tak boleh display dekat kaki lima pasar malam, carboot sale biasa atau gerai-gerai tepi jalan macam tu sahaja ( berapa RM sangat boleh markup harga ). Serba sedikit macam tu lahhhh kisahnya….eeemmmm.

Ini bukan barangan bundle sembarangan…

Beg ini namanya saja barangan bundle ( barang terguna ) tetapi barang bundle ini ada nilainya yang tersendiri. Jangan terkejut, jika ada diantaranya barang-barang bundle ini boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi dipasaran tertentu ( kena pandai cari port nya ). Jadinya kena belajar cari dimana port-port tersebut ( dekat pasaran tertentu biasanya port orang banyak duit, mewah dan peminat sejati ). Sungguh luar biasa permintaanya dan itu yang admin perasan setakat ini.

Untuk yang berminat…

Nak tanya sesuatu atau nak tengok stok terkini, join channel Telegram t.me/tokeybundle.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

p/s: bantulah diri anda untuk tambah pendapatan.

Categories
Marketing Web & Blog Activity

Pekakas Asas Untuk Memperkemaskan Aktiviti Pemasaran

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bab kena ada komputer, internet, modal dan ilmu perniagaan internet, admin tak mau cerita bab tu dah. Bab tu dah banyak di dalam internet, kalau nak tau sila explore dekat Google.

Bab produk pun admin tak mau cerita ( bab ni pun dah banyak pengamal media internet dah cerita, tunggu masa anda saja nak p cari dan p baca ). Admin nak cerita bab perkakas penting untuk buat marketing. Bila terjun ke dalam dunia perniagaan internet dan untuk dapat sale yang solid, kita kena cekap bab markerting. Jika dapat mengusainya, itu dikira satu bonus yang cukup baik. Apa perkakasnya  yang disarankan?.

  1. Paltfom sendiri ( blog, laman web ) yang ada sistem pemasaran di dalamnya.
  2. Media sosial seperti FB, Intagram, Twitter dan banyak lagi ( alat viral ).
  3. Alat bantuan sokongan seperti email, whatsapp, sms, telegram dan  wechat sudah memadai ( alat komunikasi mudah ).

Semua perkakas tadi bernetworking antara satu sama lain. Langkah pertama untuk memasarkan perkhidmatan, produk dan sebagainya adalah produk mesti di sumbat ke platfom sendiri terlebih dahulu sebelum ianya diviralkan ke medium media sosial. Kemudian sila guna alat bantuan komunikasi untuk support proses marketing yang dimainkan oleh platfom sendiri dan platfom viral marketing. Nak cepat boleh invest modal yang ada untuk layan iklan berbayar seperti fb ads dan google adwords.

Ada banyak lagi penyambungnya, rasanya cukup setakat itu saja dan jika nak tau secara detail kena whatsapp/telegram admin di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.