Categories
Markerting Open source Research & Development

Paling Kurang Perlu Ada Blog, Youtube Channel Atau Telegram Group Dan Ini Asas Kempen Pemasaran Online

Platfom pemasaran yang perlu diadakan oleh pemula online bisnes. Baca kisahnya, mana tau berguna kan?. Cuba buat dan jika tidak berjaya, cuba lagi sampai berjaya. Tak mau berjaya juga, sila tukar halatuju dari menjadi usahawan ke kerja makan gaji sahaja dulu-duluan….Selamat mencuba.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Kerja-kerja pemasaran untuk perniagaan online semakin hari semakin ketat persaingannya. Untuk pemula sekurang-kurangnya perlu diadakan beberapa platfom pemasaran terpenting yang boleh digunakan untuk membantu dan melancarkan kempen kepada kerja-kerja pemasaran. Antaranya,

  1. Blog pemasaran – Untuk hos sistem ecommerce, dijadikan email marketing server dan yang paling baik adalah untuk tarik trafik organik dari search engine melalui kaedah SEO.
  2. Youtube channel – No 3 terkuat penggunanya dan sesuai untuk kerja-kerja pemasaran bersifat keras, tinggi hasil pengaruhnya dan sesuai untuk kumpul pengikut dari serata pelusuk Dunia. Diwaktu yang sama boleh dijadikan sebagai platfom tambahan untuk menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan kerasnya.
  3. Group Telegram – Platfom komunikasi smartphone yang semakin mendapat tempat dihati pengguna, untuk kumpul pengaruh, untuk marketing dan sesuai digunakan bagi menggantikan peranan email marketing yang sudah lama berbakti. Telegram sediakan group berkapasiti 200k dan channel unlimited subscriber.
  4. Instagram & Facebook – Jika ada, itu sangat bagus untuk diusahakan.

Semua benda dekat atas tu boleh digabungkan peranannya dan dijadikan satu stratergi terancang bagi memantapkan kempen kepada kerja-kerja pemasaran. Setiap platfom ada peranan masing-masing dan yang paling penting adalah tau guna dan kretif dalam cara menggunakannya. Ada banyak lagi, tetapi cukup laaaa 4 platfom tu dulu dan yang selebihnya lain kali pulak team pemasaran t.me/niaga24jam sambung akan kisahnya. Untuk produk bukan perkhidmatan, Lazada, Shopee, Fingo adalah tempat terbaik kerana platfom tersebut ada menyediakan stratergi marketing dalaman yang cukup kuat dan peniaga yang terlibat biasanya dapat berjimat kos marketing yang cukup banyak di situ. Perasan atau tidak?…yang pentingnya pandai memanfaatkan setiap peluang yang telah disediakan. Bijak…bijak..bijak.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *