Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Peminat barangan bundle & retro group Telegram kita kasi meriah

Bismillah,

Setakat ini subscriber ada 1.1K pengguna. Group Telegram ini untuk peminat barangan bundle & retro original sahaja.

Kemudahan yang disediakan adalah…

  1. Boleh beli barangan bundle & retro.
  2. Boleh juga menjual tapi stok original sahaja..
  3. Kempen dan iklan produk dalam group Telegram tersebut percuma sahaja dan dibuat menggunakan bot iklan autopost.
  4. Nak buat VC secara live pun boleh. Kemudahan telah tersedia tetapi belum pernah dicuba. Perkakasnya memang dah ada dan sambutanya admin tak tau dan kena try dulu….
  5. Jika takut kena scam, pihak admin ada sediakan perkidmatan escrow. Makanya scammer tak boleh ambil kesempatan untuk scam dekat situ kecuali pembeli yang suka cari penyakit secara semulajadi sejak azali…..

Jemput masuk ramai-ramai kita kasi meriah….boleh buat bisnes dan kumpul koleksi barangan bundle dan retro juga…. platfomnya ada dekat bawah…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Cryptocurrency Research & Development

Modal $500 beli BTC berapa banyak untung boleh dapat?

Bismillah,

Ini contoh keuntungan yang bakal diperolehi. Hanya beli Bitcoin dan simpan untuk tempoh singkat tertentu antara 1 hari ke 7 hari lamanya sebelum kutip hasilnya.

  1. Modal $500 / RM2,092.97. Modal paling dirasakan sesuai setakat ini, kurang dari itu pun boleh…….tetapi perlu jarak masa yang lebih untuk dapat kesempatan dan peluang yang selesa untuk ambil untung. Jika sela masa ini berubah, risiko akan turut berubah dan bertambah. Jadi bahaya balik…
  2. Harga beli BTC pada 14-2-2022 / $41552.89 / kuantiti – BTC 0.012032.
  3. Jual 15-2-2021 / harga – $43515.79 / BTC 0.012032. Kebetulan, rezeki dah sampai dan bukan selalu dapat macam gini…sebat saja laaa…
  4. Untung $523.58 – $500( modal ) / $23.58 – fee = $22.50 / RM94.18 ( anggaran kasar ).

Hasil ini tidak menentu, boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang dan ianya bergantung kepada prestasi semasa pasaran Bitcoin itu sendiri. Jika ditukarkan ke RM, akan dapat hasilnya sekitar RM94.18. Lumayan juga tuuu dan jangkamasa menunggunya untuk contoh diatas, 1 hari sahaja dan kadang-kadang boleh lajak sehingga 1 minggu. Biasanya, urusniaga tempoh singkat ini akan berubah arah dengan cepat dan ada ketikanya 2 ke 3 kali dalam tempoh seminggu. Semua itu bergantung kepada keadaan pasaran pada waktu tersebut. Perubahan arah pasaran ini berlaku disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung berskala kecil yang pasti berlaku dan bukan disebabkan oleh aktiviti berimpak besar seperti berita akan berlaku perperangan dan sebagainya lagi yang mana apabila ianya berlaku kesannya nanti akan mempengaruhi kedudukan harga dipasaran secara global. Admin tidak berapa suka sangat waktu berlakunya kejutan kejatuhan harga ini tetapi suka beli bila harga sudah jatuh kerana itulah peluang yang ditunggu-tunggu untuk membeli pada harga diskaun terbaik…lagi banyak dapat diskaun lagi besar hasilnya nanti…..Harga jatuh Bukan takut rugi, tetapi tidak suka simpan lama-lama….kerana aktiviti ini untuk urusniaga jarak singkat. Mudah faham kan?…

Itulah, gambaran kasarnya bagaimana pendapatan terhasil dari aktiviti urusniaga jarak singkat dekat pasaran matawang digital ini. Ada banyak jenis lagi matawang digital lainnya yang aktif dekat pasaran dan BTC ini hanyalah contoh paling cun untuk dijadikan bahan cerita pada pada kali ini sahaja. Untuk dapat untung lebih banyak lagi dari modal $500 tadi, beli laaaa coin lain yang mana harganya lebih murah dari contoh di atas tadi dengan kuantiti yang lebih banyak….kisah ini nanti admin cerita disesi akan datang dan hasilnya lagi seruuuuu dan itu pasti… :-).

Apa pun, ilmu urusniaga itu sangat penting dan ianya boleh disedut secara percuma dekat sini https://t.me/cryptonians.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

 

Categories
Research & Development

Bot iklan Telegram autopost lebih mudah dan jimat masa

Bismillah,

Bot iklan ini team kami buat pada asalnya untuk kegunaan sendiri. Bot ini mampu bekerja secara 24 jam untuk mengemaskini iklan dan segala bagai lagi hal bermanfaat lainya secara automatik setiap 10 minit, secara rambang ke beberapa rangkaian Telegram terpilih. Sekali muat naik, akan dapat sekitar 90K+ penampilan dan dalam tempoh 24 jam akan dapat sekitar 10 ke 12 kali kemaskini. Lumayankan berbanding buat iklan secara manual?…. 

Sudah tentu dapat jimat banyak masa…..

Bagi yang berminat untuk mencubanya, pakej menarik yang telah disediakan boleh tengok dekat bawah….emm, ada cara yang percuma dan ada cara berbayar. Tempat terhad, kami buka 10 slot sahaja. 1 percuma dan 9 berbayar.

Cara mudah dan jimat masa adaaaaaa…buat apa nak susah-susahkan diri dengan cara manual tu…..

Anak itik di dalam reban, buah pisang masak setandan
Pasai apa bot iklan kami depa kata tampan, mailaaa try test iklan..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Sale!

Booking Slot Iklan Premium

Price range: RM 0.00 through RM 520.00

Plan percubaan slot iklan PERCUMA, 10 slot sahaja dibuka 1 PERCUMA 9 BERBAYAR.  Pos iklan setiap 10/15 minit / random / automatik / jalan 24 jam / template iklan yang menarik dan sokong iklan format video durasi 15 saat + teks bergambar. Memang mudah dan jimat masa…

Klik link di bawah untuk meneruskan perjuangan dan hanya yang kuat sahaja akan bertahan.

Cara untuk dapatkan slot iklan PERCUMA…

  1. Pilih pakej ” BOOKING SLOT IKLAN ” kemudian
  2. Tekan butang ADD TO CART

 

113 Tempahan Setakat Hari Ini

12069 Tontonan Setakat Hari Ini

SKU: N/A Categories: ,
  1. 45k+ ( kolam Telegram ) penampilan sekali update. Anggaran 10 ke 12 kali update untuk tempoh 24 jam.
  2. Iklan dihantar setiap 10/15 minit secara rambang ( kolam Telegram ).
  3. Iklan terpampang di group hos rangkaian Telegram + Blog pemasaran SEO + Twitter ( X ) + Google search engine muka depan 1 atau 2 + Whatsapp + Tiktok ( format video singkat ).
  4. Sokongan iklan format teks bergambar statik dan video pendek durasi 15 saat ( terbaru ). Video suntingan adalah percuma.
  5. Pelayan iklan beroperasi 24 jam secara automatik ( kolam Telegram sahaja ).
Kelamahan:
  1. Tempat adalah terhad. Hanya 10 slot sahaja yang dibuka. 1 percuma dan 9 berbayar.
Benda free yang paling berguna… Bantuan teknikal untuk usahawan yang lemah dalam bidang pemasaran akan diberikan secara percuma tetapi untuk mereka yang berani layan pakej berbayar sahaja. Pertanyaan, sila telegram admin team pemasaran t.me/niaga24jam yang bertugas iaitu En https://t.me/maketmakers.
Categories
Marketing Research & Development

Cara Tarik Trafik Ke Website Jualan

Bismillah,

Ini cara ORGANIK dan jimat kos…untuk kegunaan pemilik perniagaan yang masih lagi menggunakan website sebagai tapak jualan dan yang tidak suka menumpang platfom orang lain….solusi untuk dapatkan trafiknya ada di bawah…sebahagiannya sahaja.

  1. Langkah pertama, cari tempat yang ada banyak pembaca atau pengguna seperti Twitter, Telegram, Instagram, Facebook, Whatsapp, Youtube,Tiktok, Gaming platfom, Search engine dan yang lain-lain tu sila cari sendiri.
  2. Bikin satu cerita pendek atau intro yang kretif dan senada dengan isi kandungan atau topik yang ada di dalam website dan kongsi sebanyak yang boleh ke platfom no 1 tadi dan link ke website perlu diselitkan sebagai kunci rujukan yang akan menjadi punca tambahan yang kuat untuk tarik trafik ke website. Tajuk, intro dan cerita pendek yang menarik ADALAH KUNCI terbaik untuk tarik perhatian trafik ke website. Setiap cerita perlu dipastikan ianya dapat sampai ke pengetahuan pembaca dengan apa cara sekali pun dan lagi banyak lagi baik. Bab ini paling payah dibuat oleh pemula kerana bab ini perlu kepada pengalaman dan skill tertentu. Oleh sebab itu, tugas ini perlu dibuat secara berterusan sehingga menjadi…dan ciri-ciri khasnya jangan lupa…
  3. Hard sell bukan ciri-ciri khasnya…
  4. Ulang langkah no 2 secara berterusan…dan kurangkan aktiviti no 3.

Tip tambahan dari pengalaman….

  1. Jika bikin channel dan fokus kepada topik tertentu, biasanya cara ini lebih cepat mendapat perhatian daripada pembaca ( punca trafik tercipta ). Terutamanya, yang punya solusi kuat dalam menghabisi masalah yang dihadapi oleh pembaca. Hanya perlu jadi kretif dalam membuat persembahannya dan harus ada daya penarik. Tiada daya penarik = tiada trafik. Contohnya begini, buat channel berkaitan makanan paling sedap dan website nya adalah tapak jualan. Biasanya, pembaca, follower atau subsciber yang senada akan ikut channel yang mereka suka dan teknik seperti ini lebih mudah untuk tarik trafik ke website kerana cerita + minat pengikut sudah ngam dan dengan itu proses berikutnya untuk diajak ke website akan menjadi lebih mudah. Jika prosses tersebut terjadi, makanya tercipta lah trafik, kemudianya adalah jualan. Giiiteewwwww…..

Trafik yang datang dari sumber  SEARCH ENGINE…

  1. Untuk search engine perlu mahir SEO. Bagaimana blog ini berjaya ditemui di dalam senarai search engine Google?. Itu dikeranakan peranan teknik SEO yang digunakan. SEO adalah teknik paling best untuk mendapatkan trafik yang bersifat original dan ini cara paling cepat untuk cipta jualan tetapi website jualan perlu dipersiapkan sehabis baik sehingga mampu mendatangkan keyakinan kepada pembaca untuk bertindak. Trafik yang datang dari hasil SEO adalah trafik sebenar dan punya potensi yang tinggi untuk cipta jualan seperti contoh tip tambahan di atas tadi juga cuma lokasi persembahannya berbeza tempat. Hampir sama cara kerjanya cuma SEO lebih mudah dipersiapkannya tetapi perlu ada kepakaran tertentu juga untuk menjadikan SEO ini dapat bekerja dengan baik. SEO ini harus senada dengan algorithm yang ditetapkan oleh pihak search engine…oleh itu buat sampai dapat tawan SEO…sasaranya adalah tersenarai di page pertama dan kedua.

Trafik dari video…

  1. Untuk Youtube dan Tiktok, perlu pandai bikin video menarik kerana manusia secara dasarnya suka format ini. Lagi ramai subscriber, lagi kuat potensi trafik yang bakal diterima. Biasanya, jika di Youtube ia digunakan oleh Youtuber untuk menghasilkan pendapatan dari pakej kerjasama yang disediakan oleh Youtube sendiri dan bukannya untuk tujuan dapatkan trafik ke website tetapi boleh saja digunakan kemudahan yang ada itu asalkan mampu jadi kretif kerana di Youtube ada ramai penonton. Tiktok pulak, emmm konsep video pendek dan team kami belum ada pengalaman manis bersama dengannya…jadinya tak banyak laaa cerita mengarut yang team kami boleh merapu dekat sini. 😀 😆 

Kenapa perlu tarik trafik ke website?

  1. Website jualan perlu trafik yang kencang dan banyak setiap masa. Lagi kuat trafik yang masuk, lagi kuat potensi untuk dapatkan hasil jualan.

Panjang sangat ni, lain kali sambung…

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.