Categories
Client Research & Development

Kenapa saya guna minyak kelapa asli?

Minyak MCT bagus untuk kesihatan…

Bismillah,

Saya ada masalah kulit kering pada bahagian muka dan beberapa bahagian lagi pada badan dan bahan terkini yang saya guna sebagai pelembab yang boleh dikatakan berkesan adalah minyak kelapa asli yang di proses sendiri menggunakan kaedah peram untuk tempoh 24 jam ( cold press ) dan bukan cara pemanasan untuk mendapatkan khasiat MCT darinya.

Alasan berikutnya….

Alasan berikutnya, dikeranakan untuk melebatkan dan merawat masalah keguguran rambut yang saya sedang alami. Memandangkan penampakkan untuk jadi botak dikepala semakin ketara, maka minyak kelapa dikatakan salah satu darinya yang mampu bekerja untuk tugasan tersebut. Ini semua hasil daripada beberapa siri pencarian maklumat berkaitan masalah rambut yang saya buat dan perolehi dari pelbagai sumber. Jadinya, saya try dan belum ada penampakkan sebarang hasil lagi…baru nak mula…

Alasan paling best…

Meningkatkan daya berfikir dan mampu merangsang kecerdasan minda….sebelum ini saya guna Noocube dan ini produk dari luar negara tetapi ada kajian menyatakan bahawa minyak MCT yang terhasil dari buah kelapa ini juga sangat bagus untuk tugasan tersebut…makanya saya pun cuba laaa untuk membuktikan kajian tersebut sama ada betul atau tidak…2 atau 3 bulan dari sekarang saya akan muat naik hasilnya…tungguuuuu.

Banyak lagi kelebihan yang lain-lainya….dan yang lain-lain tu nanti saya muat naik dekat blog ini…kena tunggu waktu rajin.

Cara guna…

  1. Untuk masalah kulit saya hanya sapu pada bahagian luar kulit. Sehari 2 ke 3 kali macam tu tetapi yang saya guna ini dari versi minyak tanak kerana cara yang satu lagi minyaknya berbau masam….heee…heeee. Belum jumpa teknik untuk buang bau masam tersebut. Masam kerana peram terlalu lama agaknya.
  2. Untuk kecerdasan minda dan daya fikir, saya akan minum sebelah pagi dan sebelum tidur. 2 kali sehari…kena berjimat cermat sebab payah nak proses stok minyak kelapa VCO ni dan nak buatnya pulak ambil masa yang panjang…. Sebiji nyoq saya dapat sekitar 100ml – 250ml sahaja.

Setakat itu sahaja perkongsian sesi R&D saya melibatkan minyak kelapa asli pada kali ini…yang penting proses sendiri.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *