Categories
Research & Development

Market Orang Kodiang, Padang Sera, Napoh, Megat Dewa, Pida Dan Guaq Napai

Market khusus untuk bertukar-tukar maklumat perniagaan, ilmu dan berita semasa secara online di platfom group Telegram. Dibuat untuk orang Kodiang dan kawasan berdekatan denganya. Mai laaa masuk dan guna kemudahan yang ada ini untuk berniaga, bersembang deraih dan eratkan hubungan silatulrahim sesama kita.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini market setempat untuk orang-orang Kodiang dan kawasan berdekatan denganya untuk bertukar-tukar maklumat perniagaan, kongsi ilmu dan sebaran berita am. Mai masuk, jangan malu dan segan. Group t.me/kodiang boleh support sehingga 200k pengguna dan dibuat khusus untuk orang-orang sekitar Kodiang, Pida, Napoh, Padang Sera sampai Megat Dewa dan juga kawasan yang berdekatan dengannya.

Depa kata kalau kita berniaga dan tak mau bertukar-tukar maklumat, sapa pun tak tau apa barang kita dok tengah juai…Betui laaaaa apa yang depa kata tu dan pasai tu, team kami buat group serupa ini.

Group ini dibuat khusus untuk bantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat, supaya dapat saling berkerjasama antara satu sama lain dan mengajak penduduk setempat  merajinkan dan memberanikan diri untuk bertukar-tukar maklumat yang berkaitan perniagaan, perkongsian ilmu, berita setempat dan segala bagai maklumat berguna tanpa mengira latar belakang, usia, keturunan, pangkat atau darejat. Bertukar-tukar maklumat adalah penting dalam proses untuk membantu meningkat lagi status sosio-ekonomi sesuatu tempat dan dengan adanya kemudahan internet dan group bantuan seperti t.me/kodiang, kerja-kerja seperti ini akan dapat dihidupkan dengan lebih mudah.

Depa kata, kawasan ni anggaran penduduknya sekitar 30k jiwa manusia dan team kami akan cuba himpun depa ni semua dan akan buat sampai tempat ini jadi terkenai.

Ini haaa tujuan utamanya…

  1. Mengajak dan menggalakkan penduduk setempat memberanikan diri untuk melakukan aktiviti bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai bentuk terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan, perkongsian ilmu berguna dan juga berita setempat.
  2. Untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat dengan cara membuka peluang dan ruang kepada warga setempat untuk berniaga sesama sendiri dengan kos yang mampu dibuat oleh kebanykkan orang. Bab sembang deraih adalah bahagian extra dan tidak perlu diambil kesah sangat. Berkenaan sembang merapu dan loqlaq pulak, sila join group Facebook.
  3. Paling syok, tayang dekat orang luar sampai depa sanggup mai berbelanja ditempat kita.

Harapannya lebih kurang macam ni laaaa…

Dengan adanya group seperti ini + aktiviti perkongsian maklumat yang telah dilakukan, diharap ianya dapat membantu lebih ramai penduduk setempat untuk terlibat sama di dalam bidang perniagaan ikut cara baru ini dan dapat juga menarik minat orang luar yang berkemampuan untuk masuk ke kawasan ini dan berbelanja apa saja yang ada sehingga boleh membantu ekonomi penduduk setempat terutamanya kepada mereka-mereka yang pandai untuk mengambil bahagian. Apabila pertukaran maklumat berlaku, Dunia luar juga akan tahu apa yang ada ditempat kita dan peluang-peluang terbaik biasanya akan terbit dari situ.

Kita nak ajak orang luar yang berkemampuan untuk masuk dan berbelanja di tempat kita. Dengan cara itu, ekonomi kita dapat ditingkatkan dan kita akan dapat duit banyak. Haaaa…cadanganya lebih kurang lagu tu laaa. Jadinya, jangan dok tengok saja.

Group ini tidak dibuat untuk tujuan yang sia-sia dan harap dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sebelum orang luar perasan, kita warga setempat kena buat bagi orang luar terperasan bahawa dekat tempat kita ini ada banyak benda-benda menarik dan tertarik. Tak sia-sia baq hang…mai laa singgah sat…

Pantang larang..

  1. Tak boleh sembang politik, sembang loqlaq dan nak tipu orang lain.

Yang berminat, sila join group ini t.me/kodiang

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Lokasi…

[osm_map_v3 map_center= “6.3864,100.3097” zoom=”12″ width=”95%” height=”450″ map_border=”thin solid ” post_markers=”1″ type=”” control=”” ]

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *