Categories
Marketing Research & Development

Daripada Mana Team Kami Dapat Idea Bisnes?

Sangat mudah dan sangat praktikal.. cuba laa cara ini..

Bismillahi,

Sebahagiannya dikutip dari siri podcast berdasarkan pengalaman tetamu podcast yang sudi dan baik hati untuk berkongsi pelbagai kisah sepanjang perjalanan mereka memburu kejayaan dalam bidang masing-masing.

Yang bestnya adalah,

Siri podcast ini ada kalanya tetamu podcast ini sering terlepas cerita tentang tip-tip penting yang mereka gunapakai ketika mereka menjalankan sesuatu usaha sehingga membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.

Di sini, apa yang harus diberi perhatian oleh pendengar adalah, dengar dengan teliti dan mengamatinya secara serius dari setiap kata-kata yang terbit dari luahan rasa tetamu podcast tersebut dan kutip pada mana-mana bahagian yang berguna. Pasti akan ada nanti mana-mana bahagian yang baik, berguna akan terbit dari percakapan mereka dan ianya perlu diambil untuk dijadikan bahan atau pelajaran berguna buat kegunaan pendengar nanti dan itulah ideanya yang dicari. Kebanyakkannya adalah benar….

Secara peribadi, tersangat banyak idea-idea bernas yang boleh dikutip dari siri podcast tersebut dan sebab itu, team niaga24jam sanggup meluangkan banyak masa setiap hari untuk mendengar dan mengutip seberapa banyak maklumat sedapat  mungkin dari setiap siri podcast tersebut.  Terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti pemasaran, teknik, pelaburan dan pelbagai lagi yang berkaitan rapat dengan hal ehwal kewangan dan penghasilan usaha serta motivasi juga. Perlu diberi perhatian, pada kebiasaanya, tip-tip berguna tersebut hanya akan dikongsi dalam bentuk berbayar atau secara tertutup tetapi jika sering mengikuti siri podcast seperti ini, benda-benda tersebut boleh sahaja didapati dengan kos yang sangat minimal dan hampir kepada percuma…. nak kata percuma, rasanya tidak kot….

Bagi yang berminat, boleh ikuti siri podcast yang sering diburu oleh team niaga24jam setiap hari di platfom Telegram – https://t.me/niaga24jam?videochat

Apa yang didengari oleh team Niaga24jam, itu yang sedang “ON” secara live di dalam group tersebut. Mantapppp!…

Daaannn kepada yang mengikuti siri podcast ikut link tersebut, setiap peserta berpeluang untuk menggunakan kemudahan bot iklan automatik, database pengguna organik untuk kerja-kerja iklan jika perlu… Dan kelebihan podcast adalah ianya mudah diadaptasi… ketika memandu pun boleh, ketika sedang memasak pun boleh, ketika minum petang pun boleh dan ianya lebih bermanfaat dari melayan lagu-lagu yang tidak mempunyai bahan nilai tambah yang tinggi..

Semoga bermanfaat dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *