Categories
produk kraftangan

Tudung saji koleksi terbaru kraftangan dari bahan kitar semula

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi, ada koleksi terbaru kraftangan dari bahan  kitar semula yang hendak saya ketengahkan pada kali ini iaitu tudung saji.Di hasilkan sepenuhnya dari bahan kitar semula iaitu kertas surat khabar. Ini adalah sebahagian dari koleksi terbaru untuk tahun 2010 yang baru di siapkan.Contoh tudung saji yang dimaksudkan anda semua boleh lihat dibawah.Sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan produk hiasan atau pun untuk digunakan sebagai tudung saji.Maklumat  lanjut sila rujuk dibawah:

Tempah Sekarang
HARGA : RM180 / RM80
Urusan Pembayaran:

Untuk tempahan sila klik banner dibawah:

[nggallery id=28]

Spesifikasi tudung saji:

Saiz: Ukur lilit 205 cm x tinggi 20cm
Warna: Sesuai untuk semua jenis warna
Jangka masa untuk disiapkan: 2 minggu
Bahan utama: Kertas surat khabar kitar semua, syilek, dawai dan kretiviti.

*Bab konsep harga anda yang tentukan sendiri, jika harga yang anda tawarkan itu sesuai dan serasi dengan pihak kami.Ini bermakna urusniaga ini akan diteruskan.Jika sebaliknya berlaku dan jika anda masih berminat dengan produk yang ditawarkan urusan tawar-menawar akan diteruskan sehingga harga yang ditetapkan sesuai dan dipersetujuai oleh kedua-dua belah pihak.Harap maklum.

Seperti biasa jika anda berminat untuk memiliki koleksi terhad produk kraftangan dari bahan kitar semula yang sedang ditawarkan ini,  anda boleh buat tempahan sekarang. Pembeli sebelah utara diutamakan.Harap maklum.

Hanya itu sahaja info perniagaan pada kali ini, sekian terima kasih dan selamat berurusniaga.

Categories
Pengurusan keewangan Perniagaan internet Sumber pendapatan

Pelaburan Emas Yang Sangat Menguntungkan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lagi satu peluang untuk kaki-kaki pelaburan.Bagi pelabur-pelabur yang sedang mencari intrumen pelaburan yang lebih stabil, emas adalah salah satu dari pilihan yang terbaik dan patut diberi perhatian.Mengapa perlu melabur dalam emas ? jawapan pendek berkenaan perkara ini ada saya terangkan dibawah:

Saya merupakan salah seorang pelabur. Macam biasa setiap pelabur seboleh-bolehnya akan cuba mencari intrumen pelaburan yang lebih selamat dan yang boleh memberi pulangan yang tinggi sama ada untuk tempoh jangka masa panjang atau pun pendek. Jika sebelum ini apa yang sering saya sarankan adalah melabur dalam unit amanah, pasaran saham ekuiti, pasaran hadapan, melabur dalam bidang harta tanah, terlibat dalam urusniaga tukaran matawang asing  dan yang terbaru akan saya sarankan adalah melabur dalam emas. Kenapa dengan emas ? telah sedia maklum akan sifat emas sejak sekian lama dahulu iaitu kekal stabil. Maklumat lanjut tentang pelaburan dalam emas boleh rujuk disini: http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_as_an_investment

 

[media id=19 width=525 height=360]

 

Bagi pelabur dalam negara Malaysia yang tercinta ini, anda semua boleh pilih sama ada untuk membeli emas secara fizikal atau pun dalam bentuk buku simpanan.Bagi yang ingin membeli dan melabur emas dalam bentuk fizikal anda boleh singgah dimana-mana pusat jualan emas yang banyak dalam negara ini.Rasanya tak perlu saya terangkan disini.Apa yang perlu anda ambil perhatian apabila melabur dalam emas bentuk fizikal ini adalah faktor keselamatan anda dan juga keselamatan pelaburan anda.Jika jumlah pelaburan emas anda dalam bentuk fizikal kecil saiznya, bagi saya itu tidak akan mengundang banyak masalah berkaitan faktor keselamatan ini tetapi masih tetap ada dan masih berisiko. Apa yang saya ingin katakan dan sarankan disini adalah, jika anda berminat untuk melabur dalam bidang pelaburan yang melibatkan emas apa kata anda melabur sahaja dalam bentuk buku simpanan yang disediakan oleh bank-bank tempatan.Perlu di ingat bukan semua bank dalam negara Malaysia yang tercinta ini ada menyediakan perkhidmatan ini. Setahu saya, dari tarikh artikal ini di ketengahkan hanya ada dua buah bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu Maybank dan juga Public Bank. Salah satu lagi adalah Public gold. Sebuah syarikat Sdn Bhd yang terlibat secara aktif dalam urusan jual beli emas dalam negara dan mendapat lesen yang sah untuk menjalankan urusniaga emas.( tak banyak maklumat tentang syarikat ini, kerana masih baru kenal ) dan banyak lagi tempat-tempat lain.

Ini adalah pendapat saya tentang pelaburan dalam emas dan kepentinganya dalam menjadi backup kepada perniagaan saya untuk tempoh jangka panjang dan juga jangka pendek. Anda semua boleh lihat senarai ciri-ciri penting kenapa emas mejadi aset penting kepada perniagaan saya:

  1. Kerana memiliki sifat kestabilan yang begitu tinggi.
  2. Dimana-mana pun boleh diterima
  3. Tahap kecairan yang tinggi ( inilah yang sangat-sangat dicari oleh setiap pelabur )
  4. Kalis inflasi
  5. Harga emas sentiasa meningkat setiap tahun.( boleh ambil untung dari kenaikkan harga untuk tempoh jangka masa pendek jika mahu, tampa menjejaskan nilai sebenar pelaburan emas tersebut )
  6. Bertindak sebagai Back up penting kepada perniagaan saya.Boleh dikatakan perniagaan saya ini disandarkan kepada harga emas ( perniagaan internet  secara kecil-kecilan dirumah ).
  7. Boleh dijadikan bahan cagaran jika perniagaan mengalami  masaalah keewangan untuk jangka masa tertentu.
  8. Dan banyak lagi sebenarnya…

Fakta penting yang perlu  anda semua ambil perhatian, bukan dari saya tetapi dari salah seorang penulis ebook ” menyingkap rahsia pelaburan emas” .Maklumat lanjut anda semua boleh berkunjung kelaman web beliau.Banyak perkara tentang pelaburan dalam emas ada diterangkan disana.Sila lihat fakta keuntungan jika anda memilih untuk melabur dalam emas:

Sebagai contoh,

– harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:

  1. 18/7/2001 ialah RM1082.00
  2. 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun.
atau purata pulangan 25.95% setahun!! ( mana nak dapat? )

Jadi contoh ini cukup untuk mengambarkan kepada anda semua yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan yang berkaitan dengan emas ini untuk membuat penilaian berkaitan pelaburan dalam emas. Dahsyat kan ? Jika anda berjaya menguruskan kesemua intrumen pelaburan yang saya ketengahkan ini iaitu pasaran saham ekuiti, pasaran hadapan, tukaran matawang asing, unit amanah dan pelaburan dalam emas ini.Saya pasti  hidup anda tidak akan dibelenggu dengan masalah keewangan lagi.Setakat itu sahaja yang dapat saya sampaikan untuk kali ini.

Jika ada sebarang pertanyaan atau sebarang komen bernas tentang perkara ini, sila tinggalkannya diruangan komen yang ada dibawah.Sekian terima kasih dan selamat melabur.